Namun pada hakikatnya..tahun baru sudah 14 hari kita lalui..
Hari ini 14 Muharram 1431..~:D
Para pembaca apa khabar ?
Moga moga kita terus berada di landasan.. Mari menjadi hamba ~ Memburu redha Allah..
Sama sama kita jaga iman.. Jaga amal.. Jaga hati..:p
Sekadar ingin berkongsi
Alhamdullilah..pembentangan Islamic Studies kami selesai ~ :p
Tajuk kami tentang Al Khamr - Arak
Susah senang pahit dan manis ~ itu kenangan buat kami kerja berkumpulan..kui kui kui..
Sedikit coretan sebagai khulasoh ~
Dalam proses pencarian ilmu... Saya bukak semula Hadith yang ke 6 Imam Nawawi.. Yang berkaitan dengan Halal, Haram & Samar (Syubhat).. & kedudukan hati..
Dalam Hadith ini, Rasullulah ada kata , yang halal itu nyata dan yang haram itu juga nyata. Yang Halal itu tidak dilarang & yang haram itu adalah yang dilarang.
Namun, ditengah-tengah itu wujudnya kesamaran yakni syubhat. Yang mana sesuatu makanan itu tidak dapat dipastikan samada betul-betul halal atau haram. Bila ditelitikan pembacaan, Imam Al-Ghazali ada berkata, meninggalkan yang syubhat itu adalah satu sifat wara'.. Dan itulah yang dipilih olehnya.
Sebab mereka meninggalkannya adalah kerana wujudnya persoalan hendak menjaga kesucian hati & agama di sini. Yang mana dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan manusia itu. Namun, jika buruk, begitu juga lah sebaliknya ~. Itu adalah HATI.. Hakikatnya, apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita & seterusnya membentuk diri & keturunan kita.. Mahukan keturunan yang terbaik? Maka, kita hendaklah memilih yang terbaik!..:p
2 cara kita boleh menangani persoalan syubhat ini.
1: Kita " beriman " dengan logo halal. Jika di Malaysia, HALAL JAKIM. Yakni, bagi masyarakat awam, secara logiknya, mereka tak mampu untuk mengkaji untuk mengetahui kandungan makanan yang dimakan. Sesungguhnya Islam itu agama yang mudah & tidak menyusahkan penganutnya. Jadi,mereka boleh memilih untuk terus makan makanan yang berlogo Halal asalkan mereka yakin walaupun ada wujud keraguan yang digembar gemburkan dalam media.
Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah fardu bagi umat Islam..:p
Coretan Saya
Alhamdullilah, minggu ini kami students foundation bebas daripada kakak2 degree~:p Merehatkan telinga dari celoteh mereka ~ ngeh ngeh ngeh... Tapi, kadang-kadang rindukan kebisingan mereka yang melampau jugak!! :)
Waktu saya tengah menaip ini, saya ditemani adik saya. Gambar dia? Sebelah kanan tu~:p.. Tapi, sekarang makin cOmey lagi la ~ngeh ngeh ngeh...
Insya Allah, Ahad ini adik akan melangkah ke Bumi Hira'. Hebat aturan Tuhan itu!.. Subhanallah..Moga moga Allah berkati langkahnya dalam menuntut ilmu di jalanNya.. Dia anak bongsu..Adik saya yang tunggal.Atas dia terletak banyak harapan dari mama & papa yang tersayang. Apa dia? Itu rahsia kami!!..:p
Esok..Dia dah nak balik..:p
Dalam 1bulan ini, banyak benda yang terjadi dalam keluarga. Jawapan kami : Senyum. Belajar untuk menerima dan redha. Hikmah terbesarnya? Alhamdullilah, Tuhan tunjuk jawapannya..Allahu Akhbar..
Moga moga dengan melangkahnya tahun 2009, dan menjelmanya 2010 yang baru, kita terus bergerak selaras dengan azam yang telah 14 hari dipasang~ Sama sama kita menuju redhaNya~
Kepada adik adik yang bersekolah , Ayuh kembali ke sekolah ~ ngee:D
Wallahualam..