Monday 23 November 2009

~Bittaufiq Wannajah~



Ya Allah ,
permudahkanlah sahabat-sahabatku & diri ini dalam menduduki peperiksaan dunia.
Jadikanlah debaran di jiwa kami disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu ,
Dengarilah rintihan hati kami yang sanggup bersusah payah demi ilmuMu ,
terimalah air mata kami sebagai penyejuk kemurkaanMu ,
Belailah jiwa kami di saat kami terkulai lemah agar terhindar kami dari mengharapkan selainMU..

Rabb Yusahhil..

Wallahu alam..


Saturday 14 November 2009

.: Muhammad :.










MUHAMMAD BIN MUHAMMAD SYAHARUDDIN

Gambaran comel & suci kan bila mana mata terlihat pada wajah bayi-bayi yang baru lahir kan?? sangat-sangat comel! =).. Namun, hanya ibu yang mengandung sahaja yang mengetahui betapa sakitnya ketika seorang bayi dilahirkan dari rahimnya..rabb yusahil..


Entry berikut adalah sekadar perkongsian

________________________________


Abang Syah & Kak Nur , masing-masing sambung belajar ke Makkah selepas Darul Quran menjadi persinggahan demi melangsaikan 30 juzuk & ikatan sebuah pernikahan terjalin sebelum melangkah ke bumi anbiya'.. Abg Syah abg saya & Kak Nur kakak ipar saya.. Tapi bukan ini yang saya nak cerita..=)..

Bicara soal taa'ruf ? Anda pernah dengar?.. Anda percaya ikatan yang dibina ats dasar ini akan berkekalan? Jika anda adakah anda akan turut bertaa'ruf demi memilih bakal zaujah / isteri anda @ bakal suami anda?.. Sekadar persoalan ??=)

Kenapa dgn post kali ni ni??..mesti ramai yang pelik!..ngeh ngeh ngeh..Insya Allah.. Saye akan lebey bercerita panjang tentang soal ini untuk post yg seterusnya..Nantikan post seterusnye..jeng jeng jeng..kui kui kui..
p/s : Waktu Muhammad tahnik..Sunnah Rasullulah saw..=)


Thursday 5 November 2009

.: Tarbiyah :.

Hati seakan sayu..sedih..& putus asa..ditambah dengan fikiran yg agak berkecamuk..
Bahu terasa berat..Bebanan kali ni terasa tak tertanggung..
Di kala ujian datang bertimpa-timpa..

Namun, iman cepat melangkah kata-kata..Tabah la...Sabar..
" Mukmin itu jiwanya damai ;tak mudah tergoncang oleh ujian..
Baginya ujian sebagai tarbiyah dari Allah ; tanda kasih sayangNYA..Jua penghapus dosa..Bersabarlah..Bukan segala-galanya sia-sia..cuma kemenangannya lewat tiba.."

' Ya Allah, andai ujian ini benar-benar dapat mentarbiyahkan diri ini untuk terus thabat dalam memburu CintaMU..maka aku serahkan segalanya padaMU..Sesungguhnya, Kau la sebaik-baik penentu atas segalanya..

Redha..Ikhlas atas segala ujian yang menimpa..
Tuhan sedang mengajamu erti kesabaran & keikhlasan..

" Kalau bukan kerana musibah-musibah di dunia ; kita akan hidup di akhirat sebagai seorang yang muflis "..Teruslah tersenyum..=)

Hakikatnya, jika seseorang itu sanggup menahan dirinya daripada terus bersedih, bererti dia bersabar & redha. Benar kata Rasullulah s.a.w. " Siapa yang menyabarkan dirinya ; dia akan disabarkan Allah ..=)

Hakikatnya..teruslah tersenyum...Demi tuhan, aku serahkan segala-galanya padaNYA..=)