Wednesday 27 October 2010

.: 1 Minggu 1 Post :.

- 1 Minggu 1 Post  -
 [cuba diusahakan ; sibuk? tetap bukan alasan. ]
Terasa rindu mahu menulis ; saya terasa mahu menulis ..:)
Di kala sahabat sahabat di ulit mimpi mimpi indah & ngeri :P; saya terasa mahu menulis.

Wahai bELog ku .. diri terasa mahu berkongsi secebis lakaran hati :).. 

" Kakak, kenapa kakak nak sibuk sibuk pening pening , banyak keje macam nih ? "
" Kakak, penat kowt macam nih . Meeting je tiap tiap malam. Bila nak habis kalau tiap tiap mlm mcm ni? "
" Habis tuh, bila awk free nih ? Penat kowt asyik kene buat appointment dulu. Dulu tak macam ni pun. hmm "
" Habes tuh akak boleh join tak ? Da boOk awal awal tarikh tuh kowt.."
" Clash lagi . Nape la banyak program yang bertembung sekali. Habes tuh pegi program yang mana ? "
" Non stop kowt jadual awak nih. Boleh ke ? "
" Ha'ah , mama call tadi. Memei tengah sibuk yer ? :)  takpela , nanti suma settle call mama semula . Okey ? :) "
" Da lama tak dapat borak lama dengan anak mama sorang nih . Sihat ?
" Mama rasa memei macam ada nak bgtau something je. takpe takpe. criter slow slow. mama dengar." (lembut pertanyaan mama menyambar gegendang  telinga ; sifat keibuan yg membuat diri termotivasi dgn kekuatannya. )

Dalam banyak banyak pertanyaan di himpit dengan kesibukan yang seakan tak mahu berhenti, terasa ibu yang paling memahami. rindu rumah pulak tiba tiba. huahua. Aura rumah memanggil manggil - bila nak balik rumah nih?  -Minggu nih ! :P - Kadang kadang bila dilanda kesibukan , sampai terlupa hak seorang ibu pada anaknya. Bila ibu & anak perempuan dapat berborak ; satu jam dapat bergayut dengan telefon belum tentu dapat mengexpress ape yang sudah berlaku sebulan di rumah.. hehe. Namun, panggilan dari seorang ibu hakikatnya seakan memberi kekuatan & sumber inspirasi seorang anak agar terus kuat walau sesusah mana medan ini. Ujian yang hebat hanya untuk melahirkan individu yang hebat. Jangan pernah putus asa! Ibu tetap sumber motivasi yang selalu yang membuat diri termotivated.. mereka yang makan garam lebih dahulu dari kita kan ? :) minggu ni ibu ada kursus , saya ada program. ibu sibuk ada lawatan, saya sibuk berevent. ibu sibuk dengan plan bangunan baru , saya sibuk dengan plan proposal next event. Mak borek anak rintik. - bak kate papa- haha :P

adeyh. adedeyh. adusih. alamak ... =)
terlahir dari hati, manusia mana yang tak sukakan kesenangan ?
TAPI, tetap jalan ini yang Dia izinkan saya pilih. moga Allah campakkandiri jauh dari kefuturan. Moga moga jalan ini juga yang Allah redhai . Syukur berada di atas jalan ini. Ya Allah, jauhkan lah aku dari sifat suka mengeluh dan lupa untuk bersyukur atas setiap kesusahan.



Kadang kadang terasa bersalah pada sahabat sahabat. Ha'ah, kadang kadang tak  macam dulu. Habis kelas, lari macam lipas kudung. Ini dan itu terutama minggu ni. 3 hari berturut sampai terlupa hak perut. Da dekat petang baru teringat, alamak! tak makan lagi ! haha.. mira jasmi tan.. Pak cik tan tau memang kene bebel tahap gaban..:P

Menyemak masa masa cuti sem & program minggu minggu yang lepas. Usrah abi , Kelantan, Sirah muzikal , Induction camp,Usrah G-2 & ISK.  Tiap tiap satu yang di hadiri ; ada ibrah yang sangat menekad hati , terkesan & menpositivekan diri !

Quote dari mereka yang membuat diri termotivated ! :) :

Nilai lah perubahan dalam diri kita bilamana setelah & sebelum kita terjun dalam wasilah tarbiyyah ini. Berkesan atau tidak ?Nilai lah dari segi thaqofah / ilmu pengetahuan ; peribadi & sahsiah & komitmen & wala' kalian. Ingat lah , ketenangan dalam perjuangan hanya buat yang beriman agar bertambah iman nya. SABAR & ISTIQAMAH lah, nescaya KAMI akan bukakan langit untuk menunjukkan jalan jalan KAMI. jalan jalan TAQWA.

PEMIMPIN TAK KAN PERNAH MENANGIS , JAUH SEKALI UNTUK MENGALAH !
ingat pesanan ummi ini,
KAMU MAMPU ! dan kamu mesti YAKIN !
 
Method dakwah yang cukup attractive buat ummat islam hari ini.
Sejarah ini pasti akan berulang 600 tahun ; 600 tahun & 600 tahun yang seterusnya.
Dan ingatlah !
Sahabat..
Bila dirimu bergelar DA'IE,Dirimu wajib sedar ;
bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA ;
Kata Imam Hassan Al Banna : '' Tanggungjawab melebihi masa yang ada & tarbiyah yang bersalutkan ILMU & CABARAN lah yang dapat mendewasakan dirimu "
tapi, cukupkah jika kita sekadar menerima tarbiyah ?
Sampaikanlah pada yang lain...
Bangunlah Wahai Syabab.. Sedarlah wahai Fatayat...
Kalian bukan memulakan perjuangan tapi, kalianlah mata mata yang menyumbang rantai rantai perjuangan!

U're the magnet of ur own life. Kenal siapa diri kamu. Know urself well. Be an effective leader. Law of attraction : the secrets ! Hati hatilah , sesuatu kelebihan mungkin juga akan menjadi kelemahan kamu samada dalam sedar atau tidak. Bijak lah mengawal diri. Kamu punya kelebihan dari DIA. Ingat ! JAGALAH lah AGAMA dalam hidup kamu, nescaya DIA pasti akan menjaga kamu.

Islam datang dengan MAKSUD ; BUKAN dengan BENTUK !
Ingatlah , sesungguhnya bagi hati hati manusia , ada masa ketikanya dia bersemangat & rajin. ada masa ketikanya dia malas & tidak bersemangat. Bila bersemangat , perbanyakkan lah perkara perkara SUNAT. Namun, bila tidak bersemangat, sekurang kurangnya jangan lah ditinggalkan perkara yang WAJIB

Yufakkihu Fiddin..
Mereka yang Allah mahukan kebaikan dariNya, diberikan kepadanya kebaikan- kefahaman dalam beragama. Hakikatnya, penghayatan dalam penghayati Islam sebagai keseluruhan. Faham dalam agama , we feel it deep inside our heart.Faham itu hayati dengan HATI .

Kalian bukan ROBOT ROBOT dunia ! Pandukan lah matlamat yang sebenar & gunakanlah alat alat yang sepatutnya demi mencapai matlamat itu. Maa'din - Logam. Setiap manusia punya kelebihan & logam yang berbeza , satukanlah demi Islam , nescaya kamu akan hebat kerna Islam !

Riyadul Solihin Bab Jihad ! Saya mahu baca ! :)



p/s : asalnya mahu menulis lain ; tengah tengah tulis datang idea nak tulis yang lain. ini lah jadi. bila takda matlamat yang jelas..:P huahua..

Wednesday 20 October 2010

Aku MAHU Menulis !



Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir Al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?
-monolog sendirian-

Memujuk diri , mengarah hati.. aku mahu menulis!



- tak mahu ade element negative dlm post kali ini ; be positive! u have to live up strong !-
post yang seterusnya juga begitu harap nyer .. :)
kerna saya, TAK MAHU cepat melatah!

 SIBUK itu satu NIKMAT ?

Dalam kesibukan , saya belajar menghargai.

Hargai kesempatan menuntut ILMU yang DIA limpahkan, samada dalam sedar atau tidak

Hargai KELUARGA yang banyak berkorban

Hargai TEMAN-TEMAN yang selalu bergandingan

Hargai MEREKA yang menyokong dalam menrealisasi impian.

Tapi, kadang-kadang ada juga yang terlepas pandang. Kerna kadang kadang hati seolah menjauh & mengelak. Tak mahu rapat seperti dulu.

  IMPIAN ?

Semester yang berlalu lepas ; tak berani nak meng"express"kan nya. Takut untuk meng"express"kan diri.

 Takut untuk meng"express" kan apa yang di mahu. Takut untuk menyakiti. Seolah segalanya dalam keadaan

TERPAKSA.

Hakikatnya, itu BUKAN jalan keluar.

Natijah nya - terus berlari !

Kali ini - Terus Hadapi !

SEBAB ?

kerna SAYA MAHU ; SAYA MAMPU.
-seolah olah terngiang ngiang lagi nasihat ummi pada hari , masa & ketika itu ; masjid pulau melaka merungkai tarbiyyah langsung dariNya ! -

Anak Ummi ,

Hadapi lah dengan nama Tuhan mu wahai anakku.. Letakkan Dia yang paling hadapan ; samada dalam kamu

senang atau susah. Jangan pernah kamu letakkan pergantungan harapan & bantuan menggunung pada

manusia! Kerna kamu pasti akan sakit.. Kamu akan terus disakiti. Jadi, HENTIKAN

Dari DIA datang segalanya , maka dari DIA jua penutup & penyelesaian dari segalanya. Kesulitan ,

kesusahan, tohmahan manusia, kata kata nista, kamu campak jauh jauh !

Redho DIA yang mahu kamu gapai bukan?

Jalan ini yang kamu telah pilih hakikatnya!

samada kamu sedar mahupun tidak , INI LAH JALAN KAMU!

Jangan pernah toleh kebelakang lagi ..

DIA Maha Mengetahui yang kamu MAMPU!

Tegas dalam memimpin! Jangan pernah menangis & mengalah!

PEMIMPIN TAK KAN PERNAH MENANGIS , JAUH SEKALI UNTUK MENGALAH !

ingat pesanan ummi ini,

 KAMU MAMPU ! dan kamu mesti YAKIN !

- secebis ibrah dari travelog mencari damai diri -



" Siapa kamu menentukan cara kamu melihat ." Kesannya : " Cara kamu melihat menetukan apa yang kamu dapat ".

MAHU menjadi seseorang [ SOMEONE TO BE ! ] .
Berhenti menjadi yang BIASA.
MAHU menjadi yang LUAR BIASA !

Ini lah peluang ; terdampar di hadapan kamu tanpa kamu sedari dalam keadaan kamu rasa terpaksa.

Bangunlah dari lena yang panjang ! Bangkit lah! Berhenti dari perasaan lelah !

 BELAJAR & TERUS BELAJAR !

sedikit demi sedikit ; belajar mengubat hati ! itu bukan beban ; itu satu amanah ! jangan fikirkan beratnya ; tapi fikirkan nikmat & kemanisan nya!
 KAMU MAMPU!

kamu bukan anak kecil yang perlu diarah itu dan ini ; tapi kamulah sebenarnya yang mengarah & membentuk siapa diri kamu sekarang ini! Jangan pernah putus asa ; MATANG lah wahai diri !




Nota kaki 1 : Maaf buat sahabat-sahabat yang menunggu ; hanya post ini yang mampu saya lakarkan untuk kali ini.

Nota kaki 2 : Sahabat di bumi kinanah , memei da update! insyaAllah, masjid beijing de next. Kesibukan tetap bukan alasan ( budak dentistry nih sibuk jugak! )..maaf buat nti menunggu..

Nota kaki 3 : Sahabat di bumi barakah sang sang huffaz , sirah muzikal ! asif atas kelewatan mengupdate. Kabar angin dengar sirah muzikal akan terbit dalam bentuk CD ; kita sama2 nantikan yer ? terharu ramai yg menati update dari memei yer!~ :)   

Nota kaki 4 : Secangkir Teh ; Pengubat Letih - Itu sejarah KITA! Jangan pernah lupa wahai diri. Terpujuk dengan nya sepanjang pengembaraan mencari damai diri.

Nota kaki 5 : Terima kasih . Hanya itu yang mampu saya ungkapkan. Moga Allah memberatkan timbangan kebaikan antum di SANA nanti. Atas dorongan yang tak pernah putus , atas nasihat yang sering berkunjung tiba. Tegurlah andai saya perlu di tegur , Marahlah andai saya seolah lalai. Berikan lah ucapan semangat yang tak pernah putus andai saya kelihatan mahu rebah ; samada secara langsung atau tidak.
Kerna saya tetap MANUSIA.  

Allahu'alam