Alhamdullilah.. Allah izinkan jua saya mencoret di blog ini.. Dengan kekangan masa + 3 assignment berturut, waktu saya agak haru biru 2 ,3 hari ni..Ya Rabb..Permudahkanlah..Ameen..
InsyaAllah, saya cuba kongsikan apa yang saya dapat, apa yang saya rasa..Ape yang terkesan dalam diri saya.. Saya cuba..
Sebagaimana yang saya ceritakan dalam post yang lepas - perkara yang terkesan dalam hati saya..
Sewaktu Tamrin 1, Tanah Perkuburan..Soal kematian yang menghimpit ketika malam itu.. 1 demi 1 kubur mata ini soroti..Inilah tempatku..ini..
Saya masih teringat. 17 Ramadhan ketika itu.. Dan saya, sempat mencatatkan sesuatu pada malam itu..
Cuma itu adalah untuk tatapan saya.. Rahsia saya.. Untuk sahabat sahabatku,
" Pada Allah kita datang, pada DIA jualah kita akan kembali.."
- Sesunggungnya hidup ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri pada Allah -
Kita buat apa yang Allah suruh, kita cuba tinggalkan segala yang Allah larang..Dalam apa jua perkara yang dilakukan..Saya cuba soalkan kembali pada diri ini, " Redhakah Tuhan dengan tindakan ku? Redhakah Dia?"
Nilai keinsafan itu yang saya dapat. Allah memberikan tarbiyyah Nya dalam Travelog itu.. Saya jadi kerinduan.. Itu lah saya.. Itulah manusia.. Yang sering lupa & alpa.. Atas segala janji TuhanNya..
Manusia itu akhirnya akan pulang kepada Penciptanya..Lantas, apa yang harus dikejarnya di jambatan ini? Sesungguhnya kehidupan di dunia adalah jambatan ke akhirat wahai sahabatku sayang..
Dan di situ satu resolusi yang diamanahkan pada diri ini.. Bersama para sahabat, kami punya 6 resolusi - 6 amanah pada Pencipta kami.. Kelak akan disoal, kerna itu adalah janji kami..Waktu itu, saya masih ingat, kami mengangkat tangan, kami berjanji.. Wahai sahabat, moga kita istiqamah atas segalaNya..Ameen..
Hakikatnya, resolusilah yang menjadi satu anjakan paradigma buat seseorang, buat suatu keluarga, buat suatu jemaah.. Andai tahu diri mahu berubah,andai tahu diri perlu berubah, maka berubahlah, pandukan ilmu bersama dalam mencari erti suatu perubahan..Insya Allah.. Moga moga..kita menemui jalan itu..
Bersama Tamrin 2, di kala hendak menjelangnya subuh itu.. Saya di jagakan dari tidur..Selesai wudu', saya dihantar ke check point yang pertama. Bersama Kak Zinni & Kak Atiqah.. Bacaan Al-Fatihah saya ditasmi'.. Alhamdullilah..Itulah adalah rukun solat kita.. Fadhilat al Fatihah di kupas di sini..
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."Ameen..
Perjalanan saya melewati di Check point yang kedua. Kak Linda & Kak Suhailah...
Dalam suasana yang cukup nyaman & tenteram di kala subuh itu, Solat Sunat Tahajjud & Taubat dilaksanakan.. Kata Kak Linda, ikhlaskan hati, betulkan niat.. Nilai keinsafan dititipkan buat saya.. Atas hamparan rumput itu, saya rukuk . Atas hamparan itu, saya bersujud.. Sujud kepada Allah, Tuhan yang Satu.. Sujud, kepada Pencipta yang mencipta..Sujud..& sujud..
" Hinanya aku..Tak layak untukku berbongkak langsung atas Bumi Mu Tuhanku.. Hinanya aku.. atas segala nikmat Mu yang tidak ku syukuri..Hinanya aku..Ya Rabb.."
Air mata jadi murah di kala itu..
Itulah manusia..Seringkali perlu diingatkan.. Agar tidak jauh dari landasanNya yang sebenar.. Kerna itulah fitrah kita..Yang sering Lupa & terleka..
Saya jadi kerinduan...
" Dari tanah kita datang ; pada tanah jualah kita akan kembali "..Sama sama kita insafi sahabat sahabatku..
Ada di sebut dalam Surah An- Naba', apabila orang kafir melihat perhitungan Allah yang amat ketat.. Lantas mereka berkata :
" Alangkah baiknya jika aku ini dahulu ialah tanah " ( An- Naba' :40 )..
Sama sama kita hargai nikmat Islam & Iman ini sahabat..Sesungguhnya, Allah memilih kita atas jalanNya..
Masih ada 2 check point...
Tapi, saya benar-benar tidak sempat untuk menulis sekarang..
InsyaAllah.. andai punya kelapangan waktu lagi.. Saya kembali untuk langsaikan..
Saya teringat..
"Pandang ke atas adikku..
" Kerdilnya kita..Besarnya Allah.. Hinanya kita.. Mulianya Allah.. Jahatnya kita, Maha Pengampunnya Allah.."..
Ya Rabb..Saya benar benar teringat..
Sekian sahaja sahabat..
Wallahu'alam...
teruskan menulis sahabatku..
ReplyDeletesaya akn terus menunggu :)
moge Allah membalas sgl usaha murni mu ini dgn 1001 kebaikan..insyaAllah :)
Insya Allah..
ReplyDeleteMoga moga Allah permudahkan..Ameen..
a'sif jiddan atas kelewatan..
Salam bemujahadah~:D