Sunday 30 December 2012

Santuni lah !



Jambatan hati itu yg mendekatkan. Tetapi , bole jadi jambatan hati itu juga yang akan menjauhkan.
Hati manusia fitrahnya lembut.
Sukakan pujukan.
Mahu kan kelembutan.
Bencikan ugutan apatah lagi paksaan !
Lg dperlukan adalah kata2 motivasi & ajakan yang mempositive kan dari orang sekeliling. & yg menjauhkan lagi adalah kerna merasakn tiada kemanisan pada jambatan yg dilalui , kusam .
Yang tak faham , perlu difahamkan.
Yang menjauh perlu di dekatkan.
Manusia punya hati & perasaan.
Bukan robot yang dipaksa bekerja setelah diberi kefahaman.
Juga bukan anak patung yang disuruh bekerja bila dia sendiri masih belum betul2 faham.




Tapi, kadang2 kita beralah. Setiap manusia itu berbeza bukan ?
Mana mungkin nak memahamkan semua orang ?

Seboleh nya, santuni la orang lain sebagaimana kamu mahu diri kamu disantuni. Lembutkan lah hati yg lain sebagai mana kamu mahu diri kamu di pujuk. Kerna dakwah itu seni ! bukan setiap masa perlu keras & menyakitkan. Kadang2 yang lembut itu lebih dihargai & terkesan.

Kerna saya insan yang sebegitu. Terkesan pada kelembutan & pujukan. Memberontak pada yang keras & menyakitkan.

Santunilah orang lain , sebagaimana kamu mahu diri kamu disantuni !

Mira Jasmi Tan
8.46 am
31 Dec 2012

1 comment: