Monday, 14 February 2011

Significant !

Bismillahi rahmani rahim. Allahumma salli 'ala sayyidina muhammad !

Terasa mahu menulis. Walaupun tahu penulisan tak seberapa. Penulisan, teruskan & sampaikan lah ! selagi punya kesempatan. :')


Melewati satu tarikh yg baru berlalu. 12 Februari. Semua ingat lagi tak apa significant nya tarikh nih ?

Teman teman pembaca, 
12 FEBRUARI 1949 adalah tarikh kesyahidan Imam Hassan Al-Banna > Pengasas ikhwanul muslimin dibunuh secara kejam. Komplot telah dirancang oleh kerajaan Mesir dan British dan dilaksanakan oleh anjing-anjing mereka untuk membunuh al-Banna !

Kenal siapa beliau ? 

Dulu, saya mengetahui namanya , menerusi al-Mathurat . Waktu terbaca kisah 'bagaimana' dia menemui syahidnya , barulah diri mula menyelusuri detik-detik kehidupannya . 

Nak tahu kisahnya ?  Sini baca .. :')
Ketahuilah , Ini Sejarah Kita ! 
Jangan pernah kamu lupa wahai diri. 

Secarik Prolog .
Kegiatan dan kejayaan yang dicapai al-Ikhwan al-Muslimin tidak disenangi oleh kerajaan dan pihak British . Negara Barat mendesak Kerajaan Mesir supaya membubarkan Jemaah al-Ikhwan al-Muslimin . Lebih-lebih lagi bilamana pasukan tentera al-Ikhwan yang berperang di Palestin telah menunjukkan keberanian dan komitmen yang luar biasa . Justeru itu sebagai satu helah politik musuh , pada bulan November 1948 , gencatan senjata telah diadakan .

Pada 8 November 1948 , Perdana Menteri Mesir mengistiharkan pembubaran al-Ikhwan . Unit-unit tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di Palestin itu dipanggil balik . Berbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan ke atas al-lkhwan . Anggota-anggota al-Ikhwan ditangkap , dimasukkan ke dalam penjara dan mereka diseksa dengan teruk , malah ada yang dibunuh .

Helah kematian .
Dengan alasan untuk mengendurkan ketegangan (konflik) antara al-Ikhwan dan kerajaan , pihak kerajaan menjemput Hasan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin . Hakikatnya saudara/i , jemputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh Hasan al-Banna .

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang , Hasan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur , seorang peguam , suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut . Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding , tetapi dia tak kunjung tiba .

Akhirnya selepas solat Isya' , mereka berdua mengambil keputusan untuk pulang . Ironinya , kawasan yang lazimnya sibuk menjadi lengang pada waktu itu . Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup , dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan .. melainkan , sebuah teksi yang asyik berulang-alik mencari ‘sesuatu’ ..

Hassan al-Banna menahan teksi tersebut . Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil , dua orang matagelap menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol dan kedua-dua mereka terkena tembakan itu . Iparya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut . Hasan al-Banna walaupun terkena tujuh tembakan , beliau masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah alSyubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital .

Setibanya di Hoaspital Qasral'Aini , Imam Al-Banna telah ditinggalkan bersendirian tanpa diberi sebarang rawatan kecemasan , atas arahan pihak atasan . Hinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak . Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un .

Tragis Pengurusan Jenazah .

Pihak polis telah menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna pada jam 1 pagi , dengan menyatakan dua pilihan:

1)Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengkebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan .


2)Jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu .


Ayah Hasan al-Banna menerima pilihan yang pertama . Sebelum fajar menyinsing , jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata . Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi . Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut . Hinggakan tiada orang yang melihat dan mengetahui masa tibanya jenazah as-Syahid di rumahnya .

Sheikh Ahmad Abdur Rahman , ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandi dan mengkafankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri . Setelah diletakkan ke atas pengusung , beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya . Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.
Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Qur'an . Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa-apa lagi . Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan . Pihak polis terlebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid . Sheikh Ahmad seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu . Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah as-Syahid .

Subhanallah . 62 tahun sudah , dan fikrahnya terus mekar !


12 Rabiul Awal @ 15 Feb 2011 - apa pula kata anda ?
 Tarikh 14 Feb lebih significant pada anak muda hari ini. Bukan begitu ?

Ummat.... Lau kana bainana...:'( tentu kita malu yang teramat dengan apa yg telah kita lakukan hari ini.
Ketika sakarat menjelang, baginda masih tetap memikirkan kita, ummat Muhammad. 
[Ummati.. ummati .. ummati.. ] Layakkah kita sebagai ummatnya ? >

Sekali lagi, saya post kan link post sebelum ini. tgkkan video lau kana bainana yuk! 
jom same same kita koreksi diri !


binnabil huda versi arab.
translation in malay boleyh hayati dekat youtube.

Ijlis bina , nukmin saah. 

.. Salam Maulidur Rasul buat semua Ummat Muhammad .. 

Cinta & Cita cita, it's a passion !

No comments:

Post a Comment