Wednesday, 14 April 2010

Walk the talk ~


Epigraf

 
Kadang-kadang , bila diamanahkan sesuatu , kita rasa ragu-ragu .

Kadang-kadang , bila kehadapan untuk menyampaikan , tiba-tiba terdetik ; "bukanlah aku selayaknya" .

Kadang-kadang , bila bercita-cita tinggi , terasa seakan mustahil pula ~


Katakan pada diri ..


Perkara pertama yang Allah mahukan daripada kamu ialah , kamu mesti YAKIN pada diri sendiri . Kamu perlu sedari kedudukan kamu . Kamu perlu YAKIN bahawa kamu adalah pemimpin dunia , walaupun , musuh-musuh kamu cuba merendah-rendahkan kamu . Kamu juga perlu YAKIN bahawa kamu adalah guru buat seluruh manusia , walaupun , secara zahirnya orang lain lebih menguasai kehidupan ini . Namun , segala kesudahan akan berpihak pada orang yang bertaqwa .

Oleh itu ,



Wahai Pemuda ..


Perbaharuilah keYAKINan kamu . Tetapkan MATLAMAT dan HALA TUJU kamu . Kekuatan pertama adalah keYAKINan . KeYAKINan akan melahirkan perpaduan . Perpaduan pula pasti akan membuahkan kemenangan . Jadi berimanlah dan pupuklah persaudaraan . Seterusnya , tunggu dan lihat , kemenangan pasti menjelma .



Wahai Pemuda ..


Dunia ketika ini sedang kebingungan dan kehilangan arah . Apa sahaja system yang ada di dunia kini telah gagal menyelesaikan masalahnya . Dan hanya satu sahaja ubat yang masih ada iaitu ISLAM .

Oleh itu , maralah dengan nama Allah untuk menyelamatkan dunia ini . Seluruh manusia sedang menanti-nantikan orang yang bakal menyelamatkan mereka …


Hanya risalah ISLAM sahaja sebagai penyelamat dan KAMU  lah pemegang obornya !


                                                                                                  -asSyahid Imam Hassan alBanna-



Epilog


Bila ragu-ragu , yakinlah , ini anugerah Ilahi dan pasti dirimu mampu !

Bila terdetik "bukanlah aku selayaknya" di hati , janganlah berundur dan duduk , tetapi maralah dan yakinlah , "Allah jua sebaik-baik tempat bergantung harap dan padaNya sahajalah aku berserah !"

Bila terasa mustahil dek bercita-cita tinggi , yakinlah dirimu mampu merealisasikannya ! Impian yang besar lahir daripada jiwamu yang besar . Walk the talk ~


Note : Excerpt fom 'Atiqah Ayob !~ Syukran kathir tiqah! *terharu... yang teristimewa dari seorang sahabat.. :)
Note : Kadang kadang perkataan & percakapan tak mampu nak merungkai segala macam yang tersimpan dalam benak kecil bernama hati ini. ya, sifat nya pun perahsia..~! Insya Allah, Rabbuna yusahhil..rabbuna yuqowwiy~!..ameen. :)

3 comments:

  1. Salam'alaik .

    Actually ianya curhat hati ni dn nk kongsi dgn memei esp :)
    Moga2 kita terus YAKIN dlm menempuh asam garam kehidupan ,
    dn harap kita sama2 dpt slg menguatkan , selamanya ;)

    *even kita dipisahkan jarak berkilometer ~

    "ya allah , kami YAKIN ini sebahagian dr didikan terus drpdMU , khusus buat kami .. maka pimpinlah hati dn diri kami menghadapinya"




    信心 !

    ReplyDelete
  2. Waa'laikum salam..

    Nti tau tak tqah?
    kelebihan nti pada memei ..
    sering punya ayat2 & kata2 yang dapat memujuk & memberi semangat!~:D..

    Gue seneng banget kalo tuhan itu memberikan kamu buat gue .. d kala susah sama senang.. d kala gue gembira mahupun sedih.. d kala kelapangan mahupun sempit..

    syukran ya sahabat!~ Susahnya,memei nak carik sahabat seperti 'atiqah ayob!~huk hu huk..

    Tuhan benar2 mengajar erti untuk menghargai sahabt d kala mereka bersama kita!

    Tak mahu tinggalkan sahabat2 yang lain jauh dlm perjuangan!.. memei tekad untuk bersama!~ doakan ye tqah!..:)

    信心 !.. ya, ini akan memei belajar untuk pegang erat!~:)..

    ReplyDelete
  3. walk the talk, yakin. Allah bersama sangkaan hambaNya.

    ReplyDelete