Saturday, 30 May 2009

~UhuBbu SOdiqi FiLlah~

huuh......
Tiba2 hati merasa rindu dsaat2 kite bersama ,
sama2 menutut iLmu di maAhad dulu...
sememagnya hati2 ini sentiasa mencintai kerana Allah.
Ya Rabb,
Kau peliharalah hati2 ini supaya sentiasa ddlm keredhaanMu..
OLeh itu,
waHai sahabat2ku.....
Hargailah setiap pertemuan kerana dctu terciptanya kemesraan...
Hargailah setiap perpisahan kerana dctu terciptanya kerinduan...
Hargailah kedua-duanya kerana ianya rahmat dari tuhan...
Bertemu dan berpisah kite, atas rahmat kasehnye.....
Di kesempatan ini,
ku panjatkan pada tuhan.....
permudahkanlah urusan rakan2ku yg berada di Darul Quran..
especially saRah ( sijiL) n Hanisah,Fadhilah n ili ( DIploma).....
xlpe jgk buat si keCil MolEk ,ShiMah...
agar cErah hati mereka menerima DAn menghafal waHyu Allah kpd Nabi Muhammad s.a.w.......
buat sahabat2 yg berada di pRogam STAM , asasi n matrikulasi n fOrm 6..
terOskan usaha kalian...
agar tercapai segala impian yang idamkan...
plG yg xkan dlupeKan,
buat saHabat yg selalu mengupdate ttg dirinya pdku...
semOge tuhan permudahkan langkahnya dlm penGajian perubatan di mesir nnt...
kepada sahabat2 segeng,
rindU ssgt kat kOrang....
agar blOgku ini dpat terus menjadi wadah untuk kita same2 menbajai ukhwah fillah...
jaUh dmata..dEkat dhEarty....
Wallahualam....

Thursday, 21 May 2009

~my nExt sTop~

Setelah semiggu & 1 hari berada kat
kolej matrikulasi melaka
x sangke akhirnye.......
saye,wo aku n me berjaya wat keputusan.....
2 quit...
try 2 put a full stop.....
macam x percaya pOn ade.....

seminggu orientasi kat matrix....
really full of fun n joyness....haha...
brO n sis yg spOrting.....baek...n sOleh....of course!!:>
aktiviti yang bleyla tahan padat....
mase yang agakla padat....

kawan 2 yang best lagi mantap.. haha.....especially....
my rOOmates n all kengkawan yg same grOup mentOr mEntee, paktikum n tutOr...
miz u guys...
pensyarah 2 yang lawak n cool...(especially Mr Raj...hehe...pnsyrh Chemis...)

but still, da most thanx 2 miss Suraida....
4 her kindness n GUD WORDS.....
sampai saye brani untuk buat keputusan sebesar ini.....

still, i know...
all this is my fate.....
that been wrOte dOwn 4 me...
a long tyme ago....

everything...
will 4 sure gain my experiences.....
to face much more obstales in my life...

Whatever it is....
InsyaAllah,
this 7 june.....
i"ll register kat mmu...
Malaysia Multimedia Universiti.....
Melaka Campus...kat Ayer KerOh..Bukit Beruang....
under mmu Chansellor Scholarship.....
1 lg pengalaman baru...hehe...
can't wait 2 see all foreigner...haha....
especially yang negro...hahaha....jahat....:>

but still now, i'm still waiting 4 interview result....bfsu..
de end of june.....
hOpe 2 get it...
cOz can't wait 2 c kak kynah there..hehe....

whatever things that may cross me after this.....
i hOpe it will give a gud lessons 2 me....
2 bcome more mature....
n learn hOw hard is a life...:>
InsyaALLah....
wallahualam.....

Friday, 8 May 2009

Terima kaSEH ~ Ibu..

Saya bertanya kepada emak,
“mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..
Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”

Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.
Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak
sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

“Yang paling tahu hanya Allah..”
mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ”
mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya
tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung
“Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi,
“begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan.

Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah.
Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,
jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?”
mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.
Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire..
Rajin betul dia hantar surat..
Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..
Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab
mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur..


Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai..
Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak..
Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia j
ika dia sah suami mak..
Dan dia memang bukan jodoh mak,
maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.”
Mak merenung jauh.

Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?”
saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
“Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak
untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah.
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..
Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. “Mak anak ustaz ustazah..
Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat.
Tok wan mak kiyai.

Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh,
hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong..
Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung..
Mak membawa imej agama.
Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji..
Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an
tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..
Zaman tudung nipis dan nampak jambul.

Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan.
Kami dimarah guru besar kerana bertudung
sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”
emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian.
Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami.
Dia suruh kami teruskan..”
sambung emak. Ada getar di hujung suara emak.
Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.

Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak..
Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan,
mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.

Mak ayah berdosa tak?
Dan maruah pembawa agama terjejas tak?
Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi,
bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama.
Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat.
Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya.

Saya diam.
Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa.
Apabila kita jatuh cinta pada seseorang,
itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..
Tetapi kita kena ingat..

Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin..
Tetapi bukan berkahwin..
Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita,
jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali..
Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata saya mengalir.
Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..
Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri..
Sebabnyam hamba tu degil.
Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam,
kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri..
Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia.
Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.
Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,
tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan,

kita mengenali seorang insan yang amat baik,
sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain,
kita pula dengan yang lain..
Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus..
Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah..
Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya,
dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham,
jatuh cinta bukan perkara luar biasa.

Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain..
Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta,
jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah,
kerana itu kita mencintai si dia.
Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..
Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,
beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita
benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita.
Kita tak mampu untuk mengawalnya..
Hanya Allah yang boleh memegangnya..
Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah..
Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita.
Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita,
kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..
Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia.
Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..
Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ” Redha“Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak,
terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah..
Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia,
ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun.
Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat.
Pelukan emak sangat-sangat kuat.

“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah
untuk Dia pelihara..”

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
_adaptasi_iluvislam.blogspot.com_

mama....thanx 4 all ur advice...
2 b alwayz with me whenever necessary....really luv u!!!

to all my beloved friend....
especially,
tiqa ayob, cuwa, tiqah wahab n hOney_sah, ili, sarah n diela_tetel.......
thanx 4 making me such a strong gurlz.....luv ur guys.......

BUt, de most thanx to ALLAH....
4 giving me a chance.......
to face many abstacles in my life.....you are my LORD...
the one i trusted the most....

Thursday, 7 May 2009

SejaRAH diri~ku

Alhamdullilah...
segala puji bg tuhan Maha Pemberi Nikmat..
kerana masih memberikan kesempatan ..
buat hamba yang kerdil ini utuk terus bernafas di atas muka bumiNYA...

Alhamdullilah juga....
walaupun agak terlambat...(mmg dah lambat ssgt!!!!):>
tahun 2008 telah ku lalui dgn jayanya....

Banyak bende yang telah ku pelajari dalam tahun 2009 ni...
byk jugak yang dah dtingglakan sejak 2009..

kalau dulu, saye ni bdak skolah menengah je..hehe...
kejenye~ blajalah...hehe...
dlm fkran..study2...n score in exam!!!hehe...
yg laen no more~
p/s : dlu blaja kat SMKA Maahad Hamidiah...

LePas spm....kengkawan ramei yg dpt plkn...
but NOT me...alhamdullilah..hehe....
so, cbOklah keke..keje n keje...
rase mcm org besa plak....
ble cuty 2, pON gi la blaja bahase...
ade blaja bi n also chinese language..best ssgt..hehe...

plg best blaja chinese la..of course!
dah lame x blaja....
almaklumla..dlu skolah rendah kat
SRJK(C) Kampung Baru Semenyih....
rindu ssgt kenangan kat sane....
naseb baek ok....yela,dah lame tinggalkan en....
ble msok skolah menengah...amek bahasa arab plak....huhu..
terasa mcm d kelilingi ngan bnyak bhse plak.....hehe..
tp, mmg best!:>

Result spm kuar!!!!!!
mmg cuwak ssgt tyme 2...
alhamdullilah.....
wo na tau jiu ge A.....
thanx GOD!!!
xie xie...

tawaran UNITEN..???
at first nak....
but,after thinking n thinking.....
NO..
that's NOt my field.....
it offering me chemical engeering...wow!!!!hehehe.....

PETRONAS???
bkan xnak...
but my dad insist me to be in science stream......
accounting n bisnes......
mayb 1 day...
after i join my famly bisnes...hehehe....

skarg ni....
tgh cbOk pack barg..hehe..
isnin dpn nak maSOk matrik dah..kat melaka...
ade dpt asasi usim..tp,dpt kOs sains n technology..
x minat, so......
i'm nOt going there.....

but still,
even now.....
i wish that i can further my study at china...
hopefully i got de mara scholarship...(only 4 a few people)
to further my study at bfsu....(4 foreign language course)
even i'm NOT 18 yet!!!!hehehe....


apepON yg bakl ku hadapi tahun ini......
ku mhon pertOlogan daripada tuhan.....
untuk mempermudahkan perjalanan hidupku.....
tabah n sabar ats segala ujian yang menimpa!!!

p/s: wish me all da best k!!!!

Panduan Segala ~ perSoalan ~


KENAPA KITA DI UJI???


Allah kata dalam surah ankabut (ayat2-3)


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji??dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,....



"KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN??


Allah kata dlm surah al-Baqarah (ayat 216)"


Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tdk mengetahui..



"KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN NIE??


Allah kata dalam surah Al-Baqarah(ayat 286)


"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya



"RASA TENSION ??LEMAH ?? FRUST??


Allah kata dalam surah Al-Imran (ayat 139)


"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman



"APA YANG AKU DPT DARI SEMUA NIE...??


Allah kata dalam surah taubat(ayat 111)


"sesungguhnya Allah telah membeli dari org mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga kpd mereka



"ARGHH...AKU DAH BOSAN!!!AKU TAK TAHAN!!


Allah kata dalam surah Yusuf (ayat 12)


".....dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"sahabat yang dirahmati Allah...kita sering lupa, apa jua yang kita rasa..sedih, putus asa dan apa saja, Al-QURAN lah yang menjadi penawarnya, panduan untuk kita walau dimana pun kita berada..