Tuesday, 10 January 2012

Super Dupper, Ohsem !

[ Spreading ♥ ]
Bulatan gembira ? Hoyeay ! ♥
Gembira tengok si genius liza yg hafal penuh 1 surah gaye nak melawan ustazah Jihan gtuh ! :D Nak ketawe guling guling tgk nad yg melompat bila kakak ckp pasal kawin , suke zura yang tunduk malu2 kucing mcm nak menyorok dlm tudung saji :D  , excited tgk farah yg ske knekan epa nak menang nak menang !:D , bahagia tgk syiqien yg kuat menyokong statement farah mcm nak masuk perang :P hihi & rasa nak cubit epa yang tak reti tutup mulut byk sgt nak dickpannya ! :D
Allah Allah Allah ~ Sujud syukur yang tak terhingga pada Maha Suci Tuhan yang melembut lembutkan hati hati ini.. De usrah was really2 fun :') Terima kasih Allah ! Moga Engkau redha atas semuanya .
Nurliza Aminuddin l Nur Azura Abdullah l Nadhirah Ghazali l Farahiah Azmi l Shikien Bella l Nur'Aifaa Razali
[ Spreading ♥ ]  
 
 
Di antara akhlak orang yang berjaya ialah bersikap optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahan dan keluar daripada krisis. Mereka inilah orangnya yang akan berjaya merubah kelemahannya sehingga menjadi kekuatan.
 
" Sungguh , Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah " [ Al Balad : 4]
 
" Wahai manusia ! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju TuhanMu , maka kamu akan menemuiNya" [ Al Insyiqaq : 6 ]
 
Perjuangan dan penderitaan susah payah adalah lumrah dunia. Orang yang rugi adalah mereka yang bersusah payah di dunia , namun tetap sakit menderita di akhirat . Namun , mereka yang beruntung adalah mereka yang menderita bersusah payah bermujahadah di dunia dan bahagia tenang tenteram di akhirat sana .
[ Tafsir Fi Zilal Syed Qutb : Al Balad ] 
 
Syurga , hanya mampu digapai dengan kesanggupan ! 
.cinta , cita cita & pengorbanan.
 
muhasabah : http://muharikah.com/archives/3416/

Salam Mujahadah 
8.40 pm
Bait Khaulah
Beijing , China.
 

Thursday, 5 January 2012

It's Jumaat !


It's Jumaat , jumaat ! Everbody looking forward to His mercy, mercy :)

This song delight my jum'at morning :') 

so ohsem of song  ♥ 

[ Spreading  ♥ ] It's jumuah mubarakah ! :') doing every single things with de intention of Lillahi Taa'la. May Allah bless us more and more with His Rahmah & Magfirah . Rabbuna yuqowwiy :)

Tuesday, 3 January 2012

Rahsia Hati

Bismillahi rahmani rahim. 
Rindu menulis, mencoret  . Lalu di coret coret sini sana , menjadi bingkisan coretan cerita hati . :)




Hari ini , mungkin akan menjadi hari yang mencabar untuk dia . Untuk mereka . Hanya doa yang mampu di pasakkan dari jauh untuk kalian . " Allah , Kau permudahkan lah dalam setiap perkara yang harus dia & mereka lalui dlm menyelusuri ketetapan Mu "

Hari ini , Cawangan Tadika Nurani Pintar memulakan operasi secara rasmi nya . Sujud syukur pada Allah kerna terlalu banyak mempermudahkan urusan mama , urusan kami sekeluarga . Tup tup , sesi persekolahan dah bermula. Alhamdullilah , tidak sangka sama sekali tadika baru berjaya jugak di buka walaupun pada awal nya banyak rintangan yang mendatang . InsyAllah , khair . Yakin Allah akan permudahkan buat mama papa . ameen :)

Memetik ayat dalam At Thariq ilal Qulub, wasiat al Banna :

" Bersiap dan berbuatlah , jangan menunggu datangnya esok hari , kerana bisa jadi engkau tidak bisa berbuat apa apa di esok hari .

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu , tetapi kita tidak boleh berhenti . Kita harus terus berbuat dan terus melangkah kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad . "

"Dan orang orang yang berjihad untuk ( mencari keredhaan ) Kami , sungguh akan kami tunjukkan jalan jalan Kami " ( Al Ankabut : 69 )"

Mereka di medan sana , kita di medan sini . Ayuh ! sama sama berusaha .

Bila melihat anak anak kecil , seringkali teringat serasa seperti terulang ulang kata kata mama , " Adik tangungjawab mama , anep abang cece semuanya tanggungjawab mama . Bukan sekadar 1 anugerah tuhan untuk mama papa :) Lima orang nih jugak ujian untuk mama .  Jadi , pegang ikatan kekeluargaan ni erat erat , jangan sampai dilepas lepaskan . Doakan yang baik baik sahaja .InsyaAllah semua nya baik baik sahaja nanti.
Perkataan "ujian" dalam ayat mama selalu membuat kepala saya berputar 180 darjah. Huk ! Hehe .

Cinta , kasih & sayang yang sangat menggunung untuk mereka . 

" Allah sekali kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalm rongganya " ( Al Ahzab : 4)

Penuh kan hati dengan sarat cinta & keimanan , kerna mana mungkin hati yang gersang , kasar , meyimpan rasa dengki dan kebencian muncul dalam masa yang sama . Tidak mungkin pemilik hati yang sarat dengan cinta & keimanan , pada masa yang sama adalah seorang yang berhati gersang , kasar , serta menyimpan rasa dengki dan kenbencian pada pihak lain . Jadi , berdoa selalu insyAllah khair ! 

Kakak selalu ingatkan , bersihkan hati kita dengan hidayah ilahi terlebih dahulu . sebersih bersihnya . Jaga solat malam solat awal waktu jaga tadabbur quran ingat istigfar dan zikir pada tuhan . Dan kemudian berikan mereka ilmu pengetahuan dan pengalaman yang kita dapati buat mereka .Sekali lagi , insyAllah khair !