Thursday 4 February 2010

.: Sekeping Hati:.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger

Alhamdullilah..

Dalam kesibukan minggu pertama alpha, dalam merangka segala kerja keranaNya ( Insya Allah).. Allah masih memberi kesempatan..Rabbi Yusahhil a'la Kulli Hal..Ameen..



Hati Mati

Kenapa?



Ini hanya sebuah coretan sebagai perkongsian. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Untuk beberapa hari sebelum ini, itu yang saya rasa. Perasaan kosong itu datang. Mungkin pada kali ini lebih dalam keadaan saya yang tidak sedar dan lalai dengan kedatangannya. Dalam pada keadaan yang datang secara tiba-tiba itu, saya jadi rindu pada Irsyad. Itulah pengubat rindu sejak sem satu waktu kaki melangkah ke Bumi Mmu..

Tenang berada di Isyad berlainan dengan sebuah rumah yang senyap. Suasananya yang tenang, hati saya jadi tenteram.

Peneman setia teman sebilik yang juga sama sama mengislahkan diri menaikkan semangat hati ini secara tidak langsung.

Menrefleksikan diri, mengislahkan hati, mengkoreksikan minda.. Di sana saya jumpa kenapa & mengapa.. Di sana saya seolah-olah diberitahu jawapan oleh hati. Saya sudah melalaikan sekeping Hati ini!~

Alhamdullilah..

Atas segala kemudahan yang Allah sediakan untuk proses membaiki hati ini..alhamdullilah

Kebetulan, perihal usrah bersama Kak Sumayyah juga berkait dengan sekeping hati ini. Manusia itu perihal perlakuannya banyak bergantung pada iman di sekeping hati itu.

" As Solah tu  tanha anil fahsya i wal mungkar"
Hakikat solat itu mencegah kepada segala kemaksiatan. Seharusnya ia mencegah kepada kelalaian. Namun, jika sebaliknya yang pula yang berlaku, maka jawapannya, semak solat kamu itu. Semak hati kamu itu. Saya benar benar yakin itu jawapannya.

Jawapan di atas persoalan ?

Terlalu banyaknya gelak & ketawa. Bukan saya kata ketawa itu salah.Tidak. Namun, saya lupa batasannnya. Sehingga pada satu tahap saya rasa saya dah buat sesuatu yang tidak patut, bukan sesuatu yang biasa bagi saya . Malah,ada juga perkara yang saya cukup jaga & titik beratkan dalam diri ini, saya langgar dengan sewenang wenangnya. Sampai tahap itu sekali saya telah melanggar. Astagfirullah Ya Allah..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”

(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Ini benar benar satu peringatan dan teguran untuk diri saya. Buat sahabat, ini sekadar tazkirah selingan buat anda. Moga kita terus thabat atas jalan ini. Ameen..

Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak.”

(at-Taubah:82)
 
 
 
p/s: Buat sahabat-sahabat, maaf lambat membalas segala macam pertanyaan email kalian. Detailnya ana reply lepas ini ye. Baru dapat online lama ni.~:p
 
Erm, Ahad ini, insya Allah, Abg Syah & Kak Nur & Muhammad ( si kecik comel ni da semakin besar..nggee~:D) dah nak balik ke Makkah semula. Nak sambung pengajian selepas cuti lama ( 3 bulan itu pun lama la kan?.. Mmu, seminggu je ~ :p). Moga moga Allah permudahkan urusan mereka.
Pesanan adik kesayangan semua ~:D : " Balik elok elok ye! Maaf la tak boleh nak hantar kat airport ( Nanti semua orang pening nak fikir siapa pulak la yang kena amek & hantar adik sorang yang tersesat kat Melaka ni~:p )
 Nanti dekat sana, kalau ada masa, on facebook kalau rindu kami di Malaysia ye!~:D   ( nak jugak tinggalkan pesanan dekat sini, walaupun tak komen~tapi, mesti terharu waktu baca nanti kan!~ :D )
 
Lagi 1, sejak masuk sem baru, terasa mahu mengurangkan masa di hadapan lappy , ditambah dengan jadual yang agak padat sem ni. Kekangan masa itu terjadi. Maka, andai ada yang penting, tolong sms saje ye!~:p ..
 
Buat 'Atiqah Ayob & Habibah Anuar.. Lapang-lapangkan la waktu masa itu ye~:p.. Rindukan telatah & tarbiyah dari kalian.. Teringin sangat nak jumpa~:p
 
Sekian, wallahu alam..
 

2 comments:

  1. herm?
    Pasti ke tak balik?~:D
    Kan Raye Cina..Adek memei kesayangan ni balik la..~hahaha
    Papa da arrage time 2 pick u up ..
    ok la what.. u still got holyday.even 1 week.hahaha
    Tau pon sumorang pening pasal die.. Nnti abg pegi, cepat2 amek lesen kete.. bia x membuli & dibuli~hahaha
    yela2..rindu2 on fb la sangat.. drpd 2 , baek tru video live conversation.. boley tengok pipi adik abg yang maken chubby~hahaha
    Pesan abg : Jage diri, jage iman & jaga hati(ni jage betol2). jangan nakal2..Jaga papa, jaga mama & jaga siblings. Ingat sume pesanan abg sebelum ni.. Jangan lupa satu pon..

    saje bg komen..okey..don't b sad..meet at home kay!insyaAllah

    ReplyDelete
  2. abg ni..saje je..ehehe..
    memei ingatkan abg x nak bg komen..
    memei pon malas nak balas komen..ngee~:D
    abg, pg tadi memei kol papa,
    papa kata gong gong masuk hospital..
    pengsan..abg tau tak ?..
    mama busy x sempat nak pegi..
    papa pulak x nak crite..mungkin takot my study terganggu.. how's gong gong's condition abg??
    ni nak dekat chinese new year da..mcm mane..
    popo pulak ok ke??
    nak tanye banyak soalan tp, semua orang bz..
    nanti kol la memei tau!..
    memei kol asyik x dapat je.. bace je komen, tros kol.. kalau x..emm, tunggu la kat umah nanti~:D..

    ReplyDelete