Siapakah aku?
Aku adalah seorang insan yang mencari kebenaran… Lantas aku temuinya dalam Islam.
Aku adalah insan yang mencari jalan kehidupan .. Lantas aku temuinya dalam dakwah al-Ikhwan..
Ya setiap kali datang hari-hari baru .. akan ada saksi yang melihat amal-amal kita.. Hari baru ini juga merupakan peluang untuk kesekian kalinya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita berusahan menyelamatkan diri kita daripada neraka, dengan mengikuti ajaran Islam yang Agung.. Islam adalah Rahmat Allah yang menjadi petunjuk dan manhaj hidup yang lurus.
Langkah pertama di jalan ini ialah berusaha memperbetulkan diri kita.
Wahai saudaraku ahli al-Ikhwan !!
Medan amal kamu yang pertama adalah diri kamu. Sekiranya kamu berjaya memdidik diri kamu maka kamu akan lebih mampu mendidik orang lain. Sekiranya kamu gagal mendidik jiwa kamu maka lebih payahlah untuk kamu mendidik orang lain.
Cubalah berjuang mendidik jiwa kamu terlebih dahulu. Ingatlah dunia hari ini amat-amat menunggu-nunggu lahirnya satu generasi pemuda-pemudi yang cemerlang, memiliki jiwa yang suci bersih (daripada kotoran jahiliah) dan memiliki akhlak mulia yang utuh. Kamulah pemuda-pemudi itu . Pastikan mereka itu adalah kamu dan janganlah kamu berputus asa untuk terus berusaha.
Letakkan dihadapan mata kamu sabda rasulullah s.a.w.
( Pastikan diri kamu untuk melakukan enam perkara dan aku menjamin syurga untuk kamu: Apabila berkata-kata bercakaplah yang benar, tepatilah janji-janji kamu apabila berjanji, tunaikanlah segala amanah yang kamu terima, peliharalah kemaluan kamu daripada zina, tundukkanlah mata kamu daripada maksiat dan tahanlah tangan kamu daripada dosa..)
Kemudian lihatlah diri kamu apakah kamu melakukannya..
Wahai al-Ikhwan.
Dakwah kamu ini tertegak di atas tiga asas: Mengenal Allah, memperbaiki diri dan mengasihi semua makhluk.
Mengenal Allah dengan berzikir mengingati Allah dan bermuraqobah. Memperbaiki diri dengan melakukan ketaatan dan bermujahadah dan mengasihi manusia dengan memberi nasihat dan bersikap itsar.
Perkara pertama yang saya minta kamu lakukan dan yang saya akan muhasabah kamu atas asas fikrah Ikhwan ialah:
1. Kamu hendaklah memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran dan menghafal sekurang-kurangnya satu ayat sehari.
2. Kamu hendaklah duduk melakukan muhasabah diri setiap hari sebelum tidur. Bentangkan semua aktiviti harian kamu pada diri sendiri sekiranya kamu melakukan kebaikan bersyukurlah kepada Allah dan sekiranya tidak hendaklah kamu berazam menyempurnakan apa yang tertinggal.
3. Kamu hendaklah memelihara solat 5 waktu dalam waktunya. Kamu hendaklah menunaikannya dengan sebaik-baiknya. Kamu hendaklah memahami hukum-hakamnya. Lakukanlah rukuk, sujud dan khusyuk dengan sempurna. Bacalah al-Quran di dalam solat dengan bertajwid dan bertadabbur . Janganlah kamu mengabaikan amalan sunat dan solat rawatib. Kamu hendaklah berusaha menunaikan solat berjamaah di masjid dan memastikan sentiasa menunaikan solat Subuh dalam waktunya…
.{ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }
من أنا
باحث عن الحقيقة … فوجدتها في الإسلام
وباحث عن السبيل … فوجدته في دعوة الإخوان
نعم … فكل يوم جديد على عملنا شهيد … وهو فرصة أخرى يمنحها الله سبحانه وتعالى لنا لكي ننقذ أنفسنا، باتباع رحمته المهداة ونهجه القويم … الإسلام العظيم … وأول خطوات ذلك العمل مع انفسنا ..
أيها الإخوان
ميدانكم الاول انفسكم ، فإذا انتصرت عليها كنت على غيرها أقدر ، وإذا أخفقتم فى جهادها كنت عا سواها أعجز . فجربوا الكفاح معها اولاً ، واذكروا أن الدنيا جميعا تترقب جيلا من الشباب الممتاز بالطهر الكامل والخلق القوى الفاضل ، فكونوا أنتم هذا الشباب ولا تيأسوا ، وضعوا نصب اعينكم قول الرسول الكريم صلى الله عليه وسلم (( اضمنوا لى ستا من انفسكم ، اضمن لكم الجنة اصدقوا اذا حدثتم ، وأوفوا اذا وعدتم ، وأدوا اذا أؤتمنتم ، واحفظوا فروجكم ، وغضوا ابصاركم ، وكفوا أيديكم ، ثم انظروا هل انتم كذلك )) ؟
أيها الاخــــوان
دعوتكم هذه تقوم على أصول ثلاثة :
معرفة الله ، وصلاح النفس ، ومحبة الخلق
والمعرفة إنما تكون بالتذكر والمراقبة
وصلاح النفس بالطاعة والمجاهدة ،
ومحبة الخلق بالنصيحة والايثار
وأن أول ما أطالبكم به عملياً ، وأحاسبكم عليه باسم الفكرة :
1 – أن يجعل كل منكم لنفسه حصة من القرآن الكريم يقرؤها وآية على الأقل يحفظها يومياً .
2 – وأن تحرصوا على جلسة المحاسبة قبل النوم ، يستعرض كل منكم فيها عمله اليومى بينه وبين نفسه ، فإن وجد خيراً فليحمد الله ، وإن وجد غير ذلك فليعزم على تدارك ما فات .
3 – وأن تحرصوا على هذه الصلوات الخمس فى أوقاتها ، وأن تحسنوا أداءها، وتفقهوا أحكامها، وتتموا ركوعها وسجودها وخشوعها، وتجيدوا وتتدبروا ما تقرءون من كتاب الله فيها، ولا تقصروا فى النوافل الرواتب، وأن تتحروا المسجد والجماعة ما استطعتم، وأن تحرصوا ما أمكنكم على صـــــلاة الصبــح فى وقتهـــــا { وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }
Excerpt of an article from http://renungan2u.wordpress.com/ ..
p/s : Moga moga mendapat manfaat. Cuti-cuti sem ini terasa hati sedikit kacau.. Mungkin sebab kurangnya berprogram.. Sekurang kurangnya pengisian ini dapat juga menyiram hati yang kehausan.. Tak sabar KoBanna Sabtu ini.. Uniten~ here i come..:D
Salam~
ReplyDeleteLagi susah untuk bermujahadah mendidik diri, amar makruf nahi mungkar pada diri sendiri berbanding kepada orang lain~ Semoga Allah beri kita kekuatan~ ;)
p/s: Nasib baik Alpha cuti seminggu je kan? Walaupun kat Melaka banyak akak2 pengacau, tapi hati tak kacau kan? Hehe~
Moga Allah memberi kita kekuatan untuk amar makruf nahi mungkar pada diri kita sendiri..
ReplyDelete~ Atas doa Kak Zinni.. Ameen..
p/s: Tiba tiba terase rindu kat Melaka~ ish3.. hati ni.. Da balik rumah, rindu dekat Melaka pulak~ ngee..:D.. Mungkin iye. nilai tarbiyah di rumah & di Melaka punya bedanya..ngee~:D