Wednesday, 27 October 2010

.: 1 Minggu 1 Post :.

- 1 Minggu 1 Post  -
 [cuba diusahakan ; sibuk? tetap bukan alasan. ]
Terasa rindu mahu menulis ; saya terasa mahu menulis ..:)
Di kala sahabat sahabat di ulit mimpi mimpi indah & ngeri :P; saya terasa mahu menulis.

Wahai bELog ku .. diri terasa mahu berkongsi secebis lakaran hati :).. 

" Kakak, kenapa kakak nak sibuk sibuk pening pening , banyak keje macam nih ? "
" Kakak, penat kowt macam nih . Meeting je tiap tiap malam. Bila nak habis kalau tiap tiap mlm mcm ni? "
" Habis tuh, bila awk free nih ? Penat kowt asyik kene buat appointment dulu. Dulu tak macam ni pun. hmm "
" Habes tuh akak boleh join tak ? Da boOk awal awal tarikh tuh kowt.."
" Clash lagi . Nape la banyak program yang bertembung sekali. Habes tuh pegi program yang mana ? "
" Non stop kowt jadual awak nih. Boleh ke ? "
" Ha'ah , mama call tadi. Memei tengah sibuk yer ? :)  takpela , nanti suma settle call mama semula . Okey ? :) "
" Da lama tak dapat borak lama dengan anak mama sorang nih . Sihat ?
" Mama rasa memei macam ada nak bgtau something je. takpe takpe. criter slow slow. mama dengar." (lembut pertanyaan mama menyambar gegendang  telinga ; sifat keibuan yg membuat diri termotivasi dgn kekuatannya. )

Dalam banyak banyak pertanyaan di himpit dengan kesibukan yang seakan tak mahu berhenti, terasa ibu yang paling memahami. rindu rumah pulak tiba tiba. huahua. Aura rumah memanggil manggil - bila nak balik rumah nih?  -Minggu nih ! :P - Kadang kadang bila dilanda kesibukan , sampai terlupa hak seorang ibu pada anaknya. Bila ibu & anak perempuan dapat berborak ; satu jam dapat bergayut dengan telefon belum tentu dapat mengexpress ape yang sudah berlaku sebulan di rumah.. hehe. Namun, panggilan dari seorang ibu hakikatnya seakan memberi kekuatan & sumber inspirasi seorang anak agar terus kuat walau sesusah mana medan ini. Ujian yang hebat hanya untuk melahirkan individu yang hebat. Jangan pernah putus asa! Ibu tetap sumber motivasi yang selalu yang membuat diri termotivated.. mereka yang makan garam lebih dahulu dari kita kan ? :) minggu ni ibu ada kursus , saya ada program. ibu sibuk ada lawatan, saya sibuk berevent. ibu sibuk dengan plan bangunan baru , saya sibuk dengan plan proposal next event. Mak borek anak rintik. - bak kate papa- haha :P

adeyh. adedeyh. adusih. alamak ... =)
terlahir dari hati, manusia mana yang tak sukakan kesenangan ?
TAPI, tetap jalan ini yang Dia izinkan saya pilih. moga Allah campakkandiri jauh dari kefuturan. Moga moga jalan ini juga yang Allah redhai . Syukur berada di atas jalan ini. Ya Allah, jauhkan lah aku dari sifat suka mengeluh dan lupa untuk bersyukur atas setiap kesusahan.



Kadang kadang terasa bersalah pada sahabat sahabat. Ha'ah, kadang kadang tak  macam dulu. Habis kelas, lari macam lipas kudung. Ini dan itu terutama minggu ni. 3 hari berturut sampai terlupa hak perut. Da dekat petang baru teringat, alamak! tak makan lagi ! haha.. mira jasmi tan.. Pak cik tan tau memang kene bebel tahap gaban..:P

Menyemak masa masa cuti sem & program minggu minggu yang lepas. Usrah abi , Kelantan, Sirah muzikal , Induction camp,Usrah G-2 & ISK.  Tiap tiap satu yang di hadiri ; ada ibrah yang sangat menekad hati , terkesan & menpositivekan diri !

Quote dari mereka yang membuat diri termotivated ! :) :

Nilai lah perubahan dalam diri kita bilamana setelah & sebelum kita terjun dalam wasilah tarbiyyah ini. Berkesan atau tidak ?Nilai lah dari segi thaqofah / ilmu pengetahuan ; peribadi & sahsiah & komitmen & wala' kalian. Ingat lah , ketenangan dalam perjuangan hanya buat yang beriman agar bertambah iman nya. SABAR & ISTIQAMAH lah, nescaya KAMI akan bukakan langit untuk menunjukkan jalan jalan KAMI. jalan jalan TAQWA.

PEMIMPIN TAK KAN PERNAH MENANGIS , JAUH SEKALI UNTUK MENGALAH !
ingat pesanan ummi ini,
KAMU MAMPU ! dan kamu mesti YAKIN !
 
Method dakwah yang cukup attractive buat ummat islam hari ini.
Sejarah ini pasti akan berulang 600 tahun ; 600 tahun & 600 tahun yang seterusnya.
Dan ingatlah !
Sahabat..
Bila dirimu bergelar DA'IE,Dirimu wajib sedar ;
bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA ;
Kata Imam Hassan Al Banna : '' Tanggungjawab melebihi masa yang ada & tarbiyah yang bersalutkan ILMU & CABARAN lah yang dapat mendewasakan dirimu "
tapi, cukupkah jika kita sekadar menerima tarbiyah ?
Sampaikanlah pada yang lain...
Bangunlah Wahai Syabab.. Sedarlah wahai Fatayat...
Kalian bukan memulakan perjuangan tapi, kalianlah mata mata yang menyumbang rantai rantai perjuangan!

U're the magnet of ur own life. Kenal siapa diri kamu. Know urself well. Be an effective leader. Law of attraction : the secrets ! Hati hatilah , sesuatu kelebihan mungkin juga akan menjadi kelemahan kamu samada dalam sedar atau tidak. Bijak lah mengawal diri. Kamu punya kelebihan dari DIA. Ingat ! JAGALAH lah AGAMA dalam hidup kamu, nescaya DIA pasti akan menjaga kamu.

Islam datang dengan MAKSUD ; BUKAN dengan BENTUK !
Ingatlah , sesungguhnya bagi hati hati manusia , ada masa ketikanya dia bersemangat & rajin. ada masa ketikanya dia malas & tidak bersemangat. Bila bersemangat , perbanyakkan lah perkara perkara SUNAT. Namun, bila tidak bersemangat, sekurang kurangnya jangan lah ditinggalkan perkara yang WAJIB

Yufakkihu Fiddin..
Mereka yang Allah mahukan kebaikan dariNya, diberikan kepadanya kebaikan- kefahaman dalam beragama. Hakikatnya, penghayatan dalam penghayati Islam sebagai keseluruhan. Faham dalam agama , we feel it deep inside our heart.Faham itu hayati dengan HATI .

Kalian bukan ROBOT ROBOT dunia ! Pandukan lah matlamat yang sebenar & gunakanlah alat alat yang sepatutnya demi mencapai matlamat itu. Maa'din - Logam. Setiap manusia punya kelebihan & logam yang berbeza , satukanlah demi Islam , nescaya kamu akan hebat kerna Islam !

Riyadul Solihin Bab Jihad ! Saya mahu baca ! :)



p/s : asalnya mahu menulis lain ; tengah tengah tulis datang idea nak tulis yang lain. ini lah jadi. bila takda matlamat yang jelas..:P huahua..

Wednesday, 20 October 2010

Aku MAHU Menulis !



Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir Al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?
-monolog sendirian-

Memujuk diri , mengarah hati.. aku mahu menulis!



- tak mahu ade element negative dlm post kali ini ; be positive! u have to live up strong !-
post yang seterusnya juga begitu harap nyer .. :)
kerna saya, TAK MAHU cepat melatah!

 SIBUK itu satu NIKMAT ?

Dalam kesibukan , saya belajar menghargai.

Hargai kesempatan menuntut ILMU yang DIA limpahkan, samada dalam sedar atau tidak

Hargai KELUARGA yang banyak berkorban

Hargai TEMAN-TEMAN yang selalu bergandingan

Hargai MEREKA yang menyokong dalam menrealisasi impian.

Tapi, kadang-kadang ada juga yang terlepas pandang. Kerna kadang kadang hati seolah menjauh & mengelak. Tak mahu rapat seperti dulu.

  IMPIAN ?

Semester yang berlalu lepas ; tak berani nak meng"express"kan nya. Takut untuk meng"express"kan diri.

 Takut untuk meng"express" kan apa yang di mahu. Takut untuk menyakiti. Seolah segalanya dalam keadaan

TERPAKSA.

Hakikatnya, itu BUKAN jalan keluar.

Natijah nya - terus berlari !

Kali ini - Terus Hadapi !

SEBAB ?

kerna SAYA MAHU ; SAYA MAMPU.
-seolah olah terngiang ngiang lagi nasihat ummi pada hari , masa & ketika itu ; masjid pulau melaka merungkai tarbiyyah langsung dariNya ! -

Anak Ummi ,

Hadapi lah dengan nama Tuhan mu wahai anakku.. Letakkan Dia yang paling hadapan ; samada dalam kamu

senang atau susah. Jangan pernah kamu letakkan pergantungan harapan & bantuan menggunung pada

manusia! Kerna kamu pasti akan sakit.. Kamu akan terus disakiti. Jadi, HENTIKAN

Dari DIA datang segalanya , maka dari DIA jua penutup & penyelesaian dari segalanya. Kesulitan ,

kesusahan, tohmahan manusia, kata kata nista, kamu campak jauh jauh !

Redho DIA yang mahu kamu gapai bukan?

Jalan ini yang kamu telah pilih hakikatnya!

samada kamu sedar mahupun tidak , INI LAH JALAN KAMU!

Jangan pernah toleh kebelakang lagi ..

DIA Maha Mengetahui yang kamu MAMPU!

Tegas dalam memimpin! Jangan pernah menangis & mengalah!

PEMIMPIN TAK KAN PERNAH MENANGIS , JAUH SEKALI UNTUK MENGALAH !

ingat pesanan ummi ini,

 KAMU MAMPU ! dan kamu mesti YAKIN !

- secebis ibrah dari travelog mencari damai diri -



" Siapa kamu menentukan cara kamu melihat ." Kesannya : " Cara kamu melihat menetukan apa yang kamu dapat ".

MAHU menjadi seseorang [ SOMEONE TO BE ! ] .
Berhenti menjadi yang BIASA.
MAHU menjadi yang LUAR BIASA !

Ini lah peluang ; terdampar di hadapan kamu tanpa kamu sedari dalam keadaan kamu rasa terpaksa.

Bangunlah dari lena yang panjang ! Bangkit lah! Berhenti dari perasaan lelah !

 BELAJAR & TERUS BELAJAR !

sedikit demi sedikit ; belajar mengubat hati ! itu bukan beban ; itu satu amanah ! jangan fikirkan beratnya ; tapi fikirkan nikmat & kemanisan nya!
 KAMU MAMPU!

kamu bukan anak kecil yang perlu diarah itu dan ini ; tapi kamulah sebenarnya yang mengarah & membentuk siapa diri kamu sekarang ini! Jangan pernah putus asa ; MATANG lah wahai diri !




Nota kaki 1 : Maaf buat sahabat-sahabat yang menunggu ; hanya post ini yang mampu saya lakarkan untuk kali ini.

Nota kaki 2 : Sahabat di bumi kinanah , memei da update! insyaAllah, masjid beijing de next. Kesibukan tetap bukan alasan ( budak dentistry nih sibuk jugak! )..maaf buat nti menunggu..

Nota kaki 3 : Sahabat di bumi barakah sang sang huffaz , sirah muzikal ! asif atas kelewatan mengupdate. Kabar angin dengar sirah muzikal akan terbit dalam bentuk CD ; kita sama2 nantikan yer ? terharu ramai yg menati update dari memei yer!~ :)   

Nota kaki 4 : Secangkir Teh ; Pengubat Letih - Itu sejarah KITA! Jangan pernah lupa wahai diri. Terpujuk dengan nya sepanjang pengembaraan mencari damai diri.

Nota kaki 5 : Terima kasih . Hanya itu yang mampu saya ungkapkan. Moga Allah memberatkan timbangan kebaikan antum di SANA nanti. Atas dorongan yang tak pernah putus , atas nasihat yang sering berkunjung tiba. Tegurlah andai saya perlu di tegur , Marahlah andai saya seolah lalai. Berikan lah ucapan semangat yang tak pernah putus andai saya kelihatan mahu rebah ; samada secara langsung atau tidak.
Kerna saya tetap MANUSIA.  

Allahu'alam


Wednesday, 14 April 2010

Walk the talk ~


Epigraf

 
Kadang-kadang , bila diamanahkan sesuatu , kita rasa ragu-ragu .

Kadang-kadang , bila kehadapan untuk menyampaikan , tiba-tiba terdetik ; "bukanlah aku selayaknya" .

Kadang-kadang , bila bercita-cita tinggi , terasa seakan mustahil pula ~


Katakan pada diri ..


Perkara pertama yang Allah mahukan daripada kamu ialah , kamu mesti YAKIN pada diri sendiri . Kamu perlu sedari kedudukan kamu . Kamu perlu YAKIN bahawa kamu adalah pemimpin dunia , walaupun , musuh-musuh kamu cuba merendah-rendahkan kamu . Kamu juga perlu YAKIN bahawa kamu adalah guru buat seluruh manusia , walaupun , secara zahirnya orang lain lebih menguasai kehidupan ini . Namun , segala kesudahan akan berpihak pada orang yang bertaqwa .

Oleh itu ,



Wahai Pemuda ..


Perbaharuilah keYAKINan kamu . Tetapkan MATLAMAT dan HALA TUJU kamu . Kekuatan pertama adalah keYAKINan . KeYAKINan akan melahirkan perpaduan . Perpaduan pula pasti akan membuahkan kemenangan . Jadi berimanlah dan pupuklah persaudaraan . Seterusnya , tunggu dan lihat , kemenangan pasti menjelma .



Wahai Pemuda ..


Dunia ketika ini sedang kebingungan dan kehilangan arah . Apa sahaja system yang ada di dunia kini telah gagal menyelesaikan masalahnya . Dan hanya satu sahaja ubat yang masih ada iaitu ISLAM .

Oleh itu , maralah dengan nama Allah untuk menyelamatkan dunia ini . Seluruh manusia sedang menanti-nantikan orang yang bakal menyelamatkan mereka …


Hanya risalah ISLAM sahaja sebagai penyelamat dan KAMU  lah pemegang obornya !


                                                                                                  -asSyahid Imam Hassan alBanna-



Epilog


Bila ragu-ragu , yakinlah , ini anugerah Ilahi dan pasti dirimu mampu !

Bila terdetik "bukanlah aku selayaknya" di hati , janganlah berundur dan duduk , tetapi maralah dan yakinlah , "Allah jua sebaik-baik tempat bergantung harap dan padaNya sahajalah aku berserah !"

Bila terasa mustahil dek bercita-cita tinggi , yakinlah dirimu mampu merealisasikannya ! Impian yang besar lahir daripada jiwamu yang besar . Walk the talk ~


Note : Excerpt fom 'Atiqah Ayob !~ Syukran kathir tiqah! *terharu... yang teristimewa dari seorang sahabat.. :)
Note : Kadang kadang perkataan & percakapan tak mampu nak merungkai segala macam yang tersimpan dalam benak kecil bernama hati ini. ya, sifat nya pun perahsia..~! Insya Allah, Rabbuna yusahhil..rabbuna yuqowwiy~!..ameen. :)

Wednesday, 24 March 2010

.: Transform again! :.


Sudah sunnatullah setiap perkara perlu kepada ‘asbab’ nya untuk memungkinkan ianya berlaku. Usaha adalah asbab kepada kejayaan..Namun, kadang kadang Allah lebih Maha Mengetahui..

Lewat petang itu, berkira kira waktu. Melihatkan waktu yang semakin suntuk. Janji temu ku!..(gurlp.. ke temu janji ku?..:D ).. Ayah yang sememangnya punctual dengan waktu dan janjinya sudah lama menunggu anaknya. Hati d pungut rasa sedu. Check up & treatment sekali lagi.!!.:( .. Kene cucuk & ambil darah lagi..Berlari lari dengan masa..Alhamdullilah, Allah izinkan diri agar dapat meloloskan diri lebih awal.



Note : Buat semua Komiti Simposium Mahasiswa 2010, syukran jazilan 'alaikum.. Dari tuan koordinator, director, setiausaha agung kak long yani ku :p, bendahari kak ngah haz ku~;D, Event manager eleena teman kenangan bertiga ku, & hod sekalian.. ( maya kak lang ku, nadia teman yang sentiasa menerima kelemahan dan memahami diri ini ..:p.. zawani, memahami keletah ini.. fira, yang sentiasa komited untuk segalanya..)  .. Terima kaseh yang teramat buat segala usaha penat lelah dan titik penuh kalian..

 Moga Allah izinkan kita terus berada d atas jalanNya, Moga Allah izinkan kita melakukan sesuatu untuk agamaNya. Moga moga Allah izinkan lagi..:)



Buat adik beradik ku khususnya : Kak Long Yani , Kak Ngah Haz, Kak Lang Maya dan teman setiaku, Nadia, alhamdullilah.. Allah izinkan janji kita terlaksana.. Bekerja bersama d bawah satu organisasi / program. Ini pasti akan menjadi kenangan terindah buat kita berempat!.. insyaAllah..Andai benar langkah seterusnya, Allah aturkan agar kita berpisah dan bertebaran d seluruh pelusuk muka bumi .. insyaAllah, kita bersama sama redha ya!.. Setahun berada d bumi MMU Melaka banyak mengajar untuk segalanya.. Tuhan jua lah yang Maha bijaksana dalan segala aturanNya.. Tarbiyyah tuhan, sentiasa punya hikmah ynag tersembunyi..( tiba tiba, terasa sedu kembali..)..huh, hati ku ~ bersabarlah..



Buat semua senior senior ku..kakak kakak dan abang abgku fi islam, terima kaseh atas segala sokongan dan bantuan yang tidak terkira.. Dari hal hal yang kecil hinggalah perkara perkara yang besar, terima kaseh buat kalian semua. Atas segala bantuan dan jasa kalian, moga moga Allah beratkan neraca kalian d sana..insyaAllah.. Kenangan bekerja, mengangkat meja dan kerusi ( jadi muslimat power!~:D).. berlari ke sini dan sana.. memasang banner, jadi security..pasti akan menjadi kenangan yang terindah buat kami adik adek.. Sesungguhnya, kadang kadang bila mendengar kata kata semangat dari kalian lah yang menguatkan diri ini.. Melihat kesungguhan kalian lah, yang membakar semangat ini.. Allah jua lah sehebat hebat pemberi kekuatan.. Sesungguhnya, tuhan lebih memahami hati ini..~:P



Buat semua : Maafkan saya!.. A'sif jiddan!.. Baju Simpo..~:D.. Tak mampu terungkap dengan kata kata bila melihat baju program.. Perkara pertama yang menerjah dalam minda : Ya Allah, mampu ke muslimin pakai?? Kejambuan kok..~ngee :P.. Muslimat semua ketawa tak berkeruan..~:D.. Berlaku kesalahan d bahagian percetakan baju, hanya Allah lebih mengetahui apa yang terjadi.. Yang pasti , terima kaseh yang teramat buat Kak iqa & Abg Fadhil.. Atas bantuan assistant director dan director (palsu ~:p).. baju semua dapat pada masanya!.. Syukran 'alaikuma!..

Kepada sahabat sahabat  :

Ayuh ! Mari kita ubah dimensi pemikiran kita. Jangan malu untuk melakukan perkara yang baik.. Jangan bimbang tentang keberkesanan dakwah dan tazkirah kita; adakah sampai di hati mad’u?


Jangan khuatir jika kamu adalah asing kerana menghidupkan sunnah. Teruskan dan teruskan.. Allah lah yang membuka pintu hati manusia, kita hanya berusaha dan berusaha..!!!


Note :Till de end ..be systematic, brave and focus on ur path ya!.. ( Teori Miss Iszyani, Hazilah & Mira Jasmi Tan )~:p..



Credit to : Ukht Zinnirah Al Jannah & Akh Zulhairi.. Gamba d atas, di copy and paste dari blog mereka!~ ngee~:D.. Syukran 'alaikuma ya!

Sunday, 14 March 2010

.:Simposium Mahasiswa 2010:.


Suatu ketika dahulu, pelajar dan golongan belia adalah nadi pembangunan masyarakat. Golongan inilah yang banyak menitiskan keringat memperjuangkan idea-idea pembaharuan, sehingga sanggup berkering tekak bagi memastikan objektif dan wawasan perjuangan mereka kesampaian. Apa yang pasti usaha mereka sentiasa dihargai masyarakat, para pemimpin negara dan juga agama.

Hakikatnya, itu cuma senario dari lipatan sejarah kita puluhan tahun dahulu. Kini, angkatan belia muda atau dengan lebih spesifiknya golongan mahasiswa,kita dianggap lesu dan tidak bermaya. Tiada lagi kedengaran suara-suara dari para pejuang muda atau kelihatan kelibat tokoh-tokoh kepimpinan muda yang patut dibanggakan oleh masyarakat. Persoalannya bagaimanakah ini boleh terjadi? Di manakah generasi muda di mata masyarakat? Apakah telah padam obor kepimpinan generasi muda yang suatu ketika dahulu marak menyala? Apakah tiada kesinambungannya kini?

Jadi,dalam melahirkan waris kepimpinan yang hebat, kita perlu bersama menyingsing segala kekuatan yang ada dalam mencorakkan gaya kepimpinan yang akan mentadbir negara ini pada masa akan datang.Pelan tindakan bagi mengizinkan berlakunya transformasi di dalam tampuk kepimpinan mahasiswa seharusnya telah dilaksanakan!

“Sememangnya mahasiswa sejak di kampus lagi harus digilap bakat kepimpinannya agar dapat menjadi seorang pemimpin –pendidik ataupun transforming leader yang mampu merubah masyarakat menjadi lebih baik dan unggul pada masa akan datang biar mereka menjadi pemimpin negara. Menginsafi keadaan ini, pemimpin mahasiswa perlulah menoleh kembali peranan mereka. Pimpinan mahasiswa perlu menoleh kembali sejarah perjuangan, mengamati dan menganalisis cabaran semasa serta membentuk visi dan misi masa depan. Hanya mahasiswa yang mempunyai visi dan misi masa depan saja yang akan sedar betapa mahalnya nilai perpaduan, toleransi, budaya dan tradisi ilmu, memahami adabul ikhtilaf(berbeza pandangan), faham menguruskan perubahan(managing changing) dan musyawarah bagi merealisasikan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin(membawa rahmat ke seluruh alam).”

-Mustafa Kamil Ayub, 1989

Atas dasar kesatuan dalam membina kepimpinan yang ampuh jua lah kami berasa terpanggil untuk mengadakan Simposium Mahasiswa pada tahun ini.Simposium ini bertujuan untuk membangkitkan kembali kesedaran di kalangan mahasiswa tentang peri pentingnya mencapai satu aliran pemikiran yang sama dalam seluruh organisasi kepimpinan Islam. Peserta Simposium ini juga akan disajikan dengan santapan minda dan rohani yang diharapkan dapat memberikan gambaran tentang corak kepimpinan yang matang dengan adanya persamaan aliran pemikiran yang berlandaskan syariat Islam dan cara terbaik untuk menangani masalah di dalam sesebuah organisasi kepimpinan.InsyaAllah…

 
 
Ayuh sertai kami!

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian di atas(poster) atau pun hubungi saya terus :)

Muga usaha kita ini diberkati Allah..Amin...

..Syukran wa Salam..

Saturday, 13 March 2010

.: xie xie ge ge!:.

DZUL JASMI TAN
_________________

Note : Terharu dapat borak dengan Abg Naen hari tu..setelah lama..huk hu huk..
Penasihat CEO ( konon konon ) sibuk sangat!~:D
[ Bak kata abang : Adek dia ni memang macam nih! Nak exam baru nak call abg.. Waktu lain? hurmmm.. ]

Komen : Ada ke adik je yang kene kol abg? dush!..bluweekkhihihi...
Habesla kalau dia baca..

Note : Buat abg, apa pun keputusan yang bakal abg ambil, i'll be there for u!.. Backup full punyer~:D..
Dont worry ya!.. Wait till i go back and settle everything ya!
Satu lagi, insya Allah.. semua dalam doaku.. Memei doakan abg ye!..

Note : Akhirnya!.. Dapat jumpa Anep, Uncle Salam and Auntie Ton malam ni!..
 Thanx Uncle bawak Memei keluar pegi makan!..yummy~yum..sedap sedap..
Anep!..Adik kakak da maken kurus la..hihihi...
Uncle, thanx 4 ur advice.. Really help much...huk hu huk...

Gonna Miss All of U!..
..Sayang semua..

Note : Maaf readers!.. Ini sekadar perkongsian seorang adik.. Didedikasikan untuk abgnyer~:P
Nak baca sila..Tak nak pun, tak pa!~:D


Friday, 12 March 2010

.:Simposium Mahasiswa 2010:.


Assalamualaikum...

 Insya Allah ..Institusi Usrah 09/10 akan mengadakan

" SIMPOSIUM MAHASISWA 2010"

 Bertemakan :  “Transformasi Gagasan Kepimpinan Mahasiswa” ..

Dengan ini, kami berbesar hati

menjemput SEMUA!.. Para mahasiswa & mahasiswi khususnya ke program ini.


Objektif utama program ini adalah untuk menyatukan seluruh pemimpin khususnya dan mahasiswa mahasiswa umumnya ke arah satu aliran pemikiran yang sama yang berlandaskan kepimpinan dan syariat, serta tuntunan Islam itu sendiri.

Butiran:

Program : Simposium MahasiswaTransformasi Gagasan Kepimpinan Mahasiswa’

Speaker : Ustaz Ramadhan Fitri (Penasihat Faqih Synergize Consultancy)

Tarikh : 20 Mac 2010 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang

Tempat : Central Lecture Complex (CLC 0002) , MMU MELAKA

Yuran : RM 10

Deposit : RM 5

Pelbagai slot yang menarik menanti anda!
InsyaAllah akan memberikan impak yang hebat kepada kehidupan anda sebagai seorang pelajar muslim yang memegang amanah sebagai pemimpin ( Khalifah ) di bumi ini..


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Nik Muhammad Amin bin Nik Muhammad Kamil(Koordinator)

Tel : 013-6285901

E-mail : zuhud_life@yahoo.com


Nadiah binti Mokri ( Ketua unit Pemasaran)

Tel : 013-7105292

Mail : bikrunsolehah_91@yahoo.com


Syukran wa Salam..:)

Note : Mahukan perincian tentang program? Silakan tinggalkan email anda di ruangan komen ya! Atau, boleh terus pada email dan nombor handphone di atas!~:D

Note : Perhatian kepada 'Atiqah Ayob!..~:p.. Nti free tak? 20 March ini? .. Boleh la tqah.. Ajak ramai ramai pun takpa. Boleh tinggal dekat Melaka sementara..~:D