Thursday, 25 February 2010

.: I Do Love Him :.

insyaAllah...
Special dedicated to all :

Kamal Uddin [ His name is Muhammad Mustafa ]

Talib Al Habib [ To our Beloved Prophet Muhammad Saw ]

Maher Zain  [ The Chosen One ]

Lau kana bainana(Kalaulah baginda ada antara kita)
_______________________________________________________________________
[ Hilal Asyraf - http://www.langitilahi.com/]

http://ms.langitilahi.com/sirah-itulah-dia-rasulullah-saw/

Ada satu rancangan televisyen di tanah arab ini, show bertajuk Lau Kana Bainana. Lau Kana Bainana bermaksud – kalaulah baginda ada di antara kita – dan setiap show akan disertai satu hadith Rasulullah SAW dan mereka akan mencubanya di satu tempat untuk melihat adakah orang mempraktikkannya.

Hos program ini akan bergerak kepada orang ke orang, dan bertanya berkenaan perlaksanaan hadith tadi. Di akhir soalannya, dia akan bertanya:

“Lau kana Rasulullah SAW bainana al an, keif?” Kalau lah Rasulullah SAW itu berada di antara kita sekarang, bagaimana?


Video Lau Kana Bainana [ Kalau la Baginda Ada Bersama Kita ]

Anda perlu saksikan di dalam video ini, bagaimana seorang perempuan yang menjadi ‘mangsa’ dalam rancangan itu, menangis serta merta apabila mendengar pertanyaan itu. Betapa perempuan ini pada saya, cintanya sangat mendalam pada Rasulullah SAW. Sehingga dia menangis apabila membayangkan susuk yang mulia itu berada di sisinya. Dalam video ini, dilakukan perbuatan Rasulullah SAW mengambil makanan yang jatuh. Justeru, krew telah menjatuhkan buah. Dan perempuan itu mengutipnya. Lantas dia ditanya soalan tadi. Dan dia menangis. Lihat.

Ramai lagi ‘mangsa’ lain, apabila didatangkan soalan itu, paling kurang akan terjeda. Senyap sebentar. Seakan-akan ada sesuatu yang besar berlaku. Begitu sekali mereka merasakan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Mereka ada rasa malu, rasa segan dengan Rasulullah SAW.


Bayangkan, antara show dalam rancangan itu adalaha, pemandu kereta ditahan, kemudian diperiksa kebersihan keretanya. Lalu akhirnya ditanya:

“Kalau Rasulullah SAW ada di antara kita sekarang dan melihat keadaan kereta anda, bagaimana agaknya?”

Dan ada antara mereka tergamam sebentar.

MasyaAllah…

Bagaimana agaknya kita, kalau Rasulullah SAW ada di antara kita sekarang?

Note : I just want to share. Feel so calm. Teringat pertanyaan pada ustaz masa sem 2 dulu.
              " Senang untuk kita berkata. Jawapan bagi semua permasalahan yang berlaku. Kita muraqabah dengan Sang Pencipta. Cinta Allah & RasulNya. Tapi, sejauh mana kecintaan kita? Bagaimana?"
             " Kita dahulukan DIA atas segala-galanya. Andai berlaku pertembungan perihal manusia & perihal tuntutanNya, kita dahulukan tuntutanNya." .. Saya jadi teringat..

" Selawat dan Salam pada junjungan besar Nabi Muhammad Saw"

Let us recite Durood Shareef!






I want to be like this. On HIS path. Alwayz.. InsyaAllah. Cute isn't?..=)
Picture taken from : nhas91.blogspot.com.. Syukran 'alayki ya habibati ~ :D

Thursday, 4 February 2010

.: Sekeping Hati:.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger

Alhamdullilah..

Dalam kesibukan minggu pertama alpha, dalam merangka segala kerja keranaNya ( Insya Allah).. Allah masih memberi kesempatan..Rabbi Yusahhil a'la Kulli Hal..Ameen..



Hati Mati

Kenapa?



Ini hanya sebuah coretan sebagai perkongsian. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Untuk beberapa hari sebelum ini, itu yang saya rasa. Perasaan kosong itu datang. Mungkin pada kali ini lebih dalam keadaan saya yang tidak sedar dan lalai dengan kedatangannya. Dalam pada keadaan yang datang secara tiba-tiba itu, saya jadi rindu pada Irsyad. Itulah pengubat rindu sejak sem satu waktu kaki melangkah ke Bumi Mmu..

Tenang berada di Isyad berlainan dengan sebuah rumah yang senyap. Suasananya yang tenang, hati saya jadi tenteram.

Peneman setia teman sebilik yang juga sama sama mengislahkan diri menaikkan semangat hati ini secara tidak langsung.

Menrefleksikan diri, mengislahkan hati, mengkoreksikan minda.. Di sana saya jumpa kenapa & mengapa.. Di sana saya seolah-olah diberitahu jawapan oleh hati. Saya sudah melalaikan sekeping Hati ini!~

Alhamdullilah..

Atas segala kemudahan yang Allah sediakan untuk proses membaiki hati ini..alhamdullilah

Kebetulan, perihal usrah bersama Kak Sumayyah juga berkait dengan sekeping hati ini. Manusia itu perihal perlakuannya banyak bergantung pada iman di sekeping hati itu.

" As Solah tu  tanha anil fahsya i wal mungkar"
Hakikat solat itu mencegah kepada segala kemaksiatan. Seharusnya ia mencegah kepada kelalaian. Namun, jika sebaliknya yang pula yang berlaku, maka jawapannya, semak solat kamu itu. Semak hati kamu itu. Saya benar benar yakin itu jawapannya.

Jawapan di atas persoalan ?

Terlalu banyaknya gelak & ketawa. Bukan saya kata ketawa itu salah.Tidak. Namun, saya lupa batasannnya. Sehingga pada satu tahap saya rasa saya dah buat sesuatu yang tidak patut, bukan sesuatu yang biasa bagi saya . Malah,ada juga perkara yang saya cukup jaga & titik beratkan dalam diri ini, saya langgar dengan sewenang wenangnya. Sampai tahap itu sekali saya telah melanggar. Astagfirullah Ya Allah..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”

(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Ini benar benar satu peringatan dan teguran untuk diri saya. Buat sahabat, ini sekadar tazkirah selingan buat anda. Moga kita terus thabat atas jalan ini. Ameen..

Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak.”

(at-Taubah:82)
 
 
 
p/s: Buat sahabat-sahabat, maaf lambat membalas segala macam pertanyaan email kalian. Detailnya ana reply lepas ini ye. Baru dapat online lama ni.~:p
 
Erm, Ahad ini, insya Allah, Abg Syah & Kak Nur & Muhammad ( si kecik comel ni da semakin besar..nggee~:D) dah nak balik ke Makkah semula. Nak sambung pengajian selepas cuti lama ( 3 bulan itu pun lama la kan?.. Mmu, seminggu je ~ :p). Moga moga Allah permudahkan urusan mereka.
Pesanan adik kesayangan semua ~:D : " Balik elok elok ye! Maaf la tak boleh nak hantar kat airport ( Nanti semua orang pening nak fikir siapa pulak la yang kena amek & hantar adik sorang yang tersesat kat Melaka ni~:p )
 Nanti dekat sana, kalau ada masa, on facebook kalau rindu kami di Malaysia ye!~:D   ( nak jugak tinggalkan pesanan dekat sini, walaupun tak komen~tapi, mesti terharu waktu baca nanti kan!~ :D )
 
Lagi 1, sejak masuk sem baru, terasa mahu mengurangkan masa di hadapan lappy , ditambah dengan jadual yang agak padat sem ni. Kekangan masa itu terjadi. Maka, andai ada yang penting, tolong sms saje ye!~:p ..
 
Buat 'Atiqah Ayob & Habibah Anuar.. Lapang-lapangkan la waktu masa itu ye~:p.. Rindukan telatah & tarbiyah dari kalian.. Teringin sangat nak jumpa~:p
 
Sekian, wallahu alam..
 

Thursday, 28 January 2010

.: Nice Links:.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

For these few days, i've been trying to check out 4 more " input " 4 myself. Through 1 blogger's page, i've found this link.. A lot of good lessons are there.. And all of it is about ISLAM if i'm not getting wrong.. I wish to  know more.. Hope that all readers can get more of course..Insya Allah..

Do check it out dear friends!~:D

&
one more..
Instead of watching koreans.. u guys can try on this!..~:D

Dr Juanda quoted a hadith,"Dua nikmat yang manusia mudah tertipu yaitu, kesihatan dan masa lapang.."




And he continued,"Masa lapang adalah fitnah yang amat besar kepada manusia..bagaimana kita memanfaatkan masa lapang?"


Then quoted a saying,"Orang yang sibuk, tidak akan disibukkan.."..and advised "kalau kita ada masa kosong..isikan masa kosong itu dengan perkara yang bermanfaat kalau tidak, maka akan datang perkara yang bermaksiat.. dan inilah yang banyak berlaku kepada generasi muda kita.." which is so true..

As the Arabic saying goes;

"Air yang tidak mengalir akan merosakkan air itu, pemuda yang banyak masa kosong akan dibunuh oleh masa kosong itu.."

p/s: To all aLphians.. do take care of ur precious time.. [ a reminder to myself too]..May Allah blessed us... To all degree seniors n diploma friends.. study smart yah!.. Take care~:D






Wednesday, 27 January 2010

:. Dari Helaian Risalah Ikhwan .:

Siapakah aku?

Aku adalah seorang insan yang mencari kebenaran… Lantas aku temuinya dalam Islam.

Aku adalah insan yang mencari jalan kehidupan .. Lantas aku temuinya dalam dakwah al-Ikhwan..

Ya setiap kali datang hari-hari baru .. akan ada saksi yang melihat amal-amal kita.. Hari baru ini juga merupakan peluang untuk kesekian kalinya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita berusahan menyelamatkan diri kita daripada neraka, dengan mengikuti ajaran Islam yang Agung.. Islam adalah Rahmat Allah yang menjadi petunjuk dan manhaj hidup yang lurus.

Langkah pertama di jalan ini ialah berusaha memperbetulkan diri kita.

Wahai saudaraku ahli al-Ikhwan !!

Medan amal kamu yang pertama adalah diri kamu. Sekiranya kamu berjaya memdidik diri kamu maka kamu akan lebih mampu mendidik orang lain. Sekiranya kamu gagal mendidik jiwa kamu maka lebih payahlah untuk kamu mendidik orang lain.

Cubalah berjuang mendidik jiwa kamu terlebih dahulu. Ingatlah dunia hari ini amat-amat menunggu-nunggu lahirnya satu generasi pemuda-pemudi yang cemerlang, memiliki jiwa yang suci bersih (daripada kotoran jahiliah) dan memiliki akhlak mulia yang utuh. Kamulah pemuda-pemudi itu . Pastikan mereka itu adalah kamu dan janganlah kamu berputus asa untuk terus berusaha.

Letakkan dihadapan mata kamu sabda rasulullah s.a.w.

( Pastikan diri kamu untuk melakukan enam perkara dan aku menjamin syurga untuk kamu: Apabila berkata-kata bercakaplah yang benar, tepatilah janji-janji kamu apabila berjanji, tunaikanlah segala amanah yang kamu terima, peliharalah kemaluan kamu daripada zina, tundukkanlah mata kamu daripada maksiat dan tahanlah tangan kamu daripada dosa..)

Kemudian lihatlah diri kamu apakah kamu melakukannya..

Wahai al-Ikhwan.

Dakwah kamu ini tertegak di atas tiga asas: Mengenal Allah, memperbaiki diri dan mengasihi semua makhluk.

Mengenal Allah dengan berzikir mengingati Allah dan bermuraqobah. Memperbaiki diri dengan melakukan ketaatan dan bermujahadah dan mengasihi manusia dengan memberi nasihat dan bersikap itsar.

Perkara pertama yang saya minta kamu lakukan dan yang saya akan muhasabah kamu atas asas fikrah Ikhwan ialah:

1. Kamu hendaklah memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran dan menghafal sekurang-kurangnya satu ayat sehari.




2. Kamu hendaklah duduk melakukan muhasabah diri setiap hari sebelum tidur. Bentangkan semua aktiviti harian kamu pada diri sendiri sekiranya kamu melakukan kebaikan bersyukurlah kepada Allah dan sekiranya tidak hendaklah kamu berazam menyempurnakan apa yang tertinggal.




3. Kamu hendaklah memelihara solat 5 waktu dalam waktunya. Kamu hendaklah menunaikannya dengan sebaik-baiknya. Kamu hendaklah memahami hukum-hakamnya. Lakukanlah rukuk, sujud dan khusyuk dengan sempurna. Bacalah al-Quran di dalam solat dengan bertajwid dan bertadabbur . Janganlah kamu mengabaikan amalan sunat dan solat rawatib. Kamu hendaklah berusaha menunaikan solat berjamaah di masjid dan memastikan sentiasa menunaikan solat Subuh dalam waktunya…







.{ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

من أنا

باحث عن الحقيقة … فوجدتها في الإسلام

وباحث عن السبيل … فوجدته في دعوة الإخوان

نعم … فكل يوم جديد على عملنا شهيد … وهو فرصة أخرى يمنحها الله سبحانه وتعالى لنا لكي ننقذ أنفسنا، باتباع رحمته المهداة ونهجه القويم … الإسلام العظيم … وأول خطوات ذلك العمل مع انفسنا ..

أيها الإخوان

ميدانكم الاول انفسكم ، فإذا انتصرت عليها كنت على غيرها أقدر ، وإذا أخفقتم فى جهادها كنت عا سواها أعجز . فجربوا الكفاح معها اولاً ، واذكروا أن الدنيا جميعا تترقب جيلا من الشباب الممتاز بالطهر الكامل والخلق القوى الفاضل ، فكونوا أنتم هذا الشباب ولا تيأسوا ، وضعوا نصب اعينكم قول الرسول الكريم صلى الله عليه وسلم (( اضمنوا لى ستا من انفسكم ، اضمن لكم الجنة اصدقوا اذا حدثتم ، وأوفوا اذا وعدتم ، وأدوا اذا أؤتمنتم ، واحفظوا فروجكم ، وغضوا ابصاركم ، وكفوا أيديكم ، ثم انظروا هل انتم كذلك )) ؟

أيها الاخــــوان

دعوتكم هذه تقوم على أصول ثلاثة :

معرفة الله ، وصلاح النفس ، ومحبة الخلق

والمعرفة إنما تكون بالتذكر والمراقبة

وصلاح النفس بالطاعة والمجاهدة ،

ومحبة الخلق بالنصيحة والايثار

وأن أول ما أطالبكم به عملياً ، وأحاسبكم عليه باسم الفكرة :

1 – أن يجعل كل منكم لنفسه حصة من القرآن الكريم يقرؤها وآية على الأقل يحفظها يومياً .

2 – وأن تحرصوا على جلسة المحاسبة قبل النوم ، يستعرض كل منكم فيها عمله اليومى بينه وبين نفسه ، فإن وجد خيراً فليحمد الله ، وإن وجد غير ذلك فليعزم على تدارك ما فات .

3 – وأن تحرصوا على هذه الصلوات الخمس فى أوقاتها ، وأن تحسنوا أداءها، وتفقهوا أحكامها، وتتموا ركوعها وسجودها وخشوعها، وتجيدوا وتتدبروا ما تقرءون من كتاب الله فيها، ولا تقصروا فى النوافل الرواتب، وأن تتحروا المسجد والجماعة ما استطعتم، وأن تحرصوا ما أمكنكم على صـــــلاة الصبــح فى وقتهـــــا { وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }


Excerpt of an article from http://renungan2u.wordpress.com/ ..

p/s : Moga moga mendapat manfaat. Cuti-cuti sem ini terasa hati sedikit kacau.. Mungkin sebab kurangnya berprogram.. Sekurang kurangnya pengisian ini dapat juga menyiram hati yang kehausan.. Tak sabar KoBanna Sabtu ini.. Uniten~ here i come..:D

Tuesday, 26 January 2010

:. Jiwa Da'ie & Pemikiran Fiqh .:

Excerpt from a blogger page :

Excerpt of an article from Saifulislam.com, Tajuk,"Jiwa da'i, otak fiqh".. though the topic is on sikap dan cara dakwah but lets FOCUS more on the dialogue itself..

Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, "do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't believe in wearing scarf. If God doesn't want us to show our hair, then He will create us hairless!"

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat dari surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih!

Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu".

"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.

"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.

"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.

"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?", saya menguji.

"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.

"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan perbualan.

"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?", beliau bertanya lagi.


"Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.

"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year", katanya dengan yakin.

"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan ke?", saya bertanya kepadanya lagi.

"Hmm...", sepi tanpa jawapan...

"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama..."

"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis tersebut mengacukan soalannya.

"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.

Lantas aku mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan berikut:

"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah lagi nak mengadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!"

Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih dan tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!"

Sama sama kite renung-renungkan.. Andai kita di tempat itu? Apa pula jawapan yang bakal kita beri.. Ilmu itu bukan untuk disimpan seorangan sebaliknya harus keatas kita untuk menyampaikan.. Andai tidak hebat mana pun penyampaian kita, sekurang-kurangnya Allah melihat.. Allah Maha Melihat, & DIA maha memberi perhitungan atas segala galanya.. Moga Allah redha~

Ayuh kita kutip mutiara Imam Hassan Al Banna,  seorang pendakwah yang telah lama hilang namun perjuangannya masih tetap utuh di hati kita.. Insya Allah..,

 "SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD.. Insya Allah..



Konvensyen Pemikiran Imam Hassan Al Banna
" Dalam Melakar Agenda Bangsa "
Tempat : UNITEN , Bangi
Tarikh : Sabtu , 30 Januari 2010

Ayuh, ramai-ramai kita sertai..:D

Thursday, 31 December 2009

.:Tirai 2009 Ditutup:.

Tidak kurang dari 2 jam lagi..Insya Allah tirai tahun 2009 akan ditutup ~
Namun pada hakikatnya..tahun baru sudah 14 hari kita lalui..
Hari ini 14 Muharram 1431..~:D
Para pembaca apa khabar ?
Moga moga kita terus berada di landasan.. Mari menjadi hamba ~ Memburu redha Allah..
Sama sama kita jaga iman.. Jaga amal.. Jaga hati..:p

Sekadar ingin berkongsi

Alhamdullilah..pembentangan Islamic Studies kami selesai ~ :p
Tajuk kami tentang Al Khamr - Arak
Susah senang pahit dan manis ~ itu kenangan buat kami kerja berkumpulan..kui kui kui..

Sedikit coretan sebagai khulasoh ~

Dalam proses pencarian ilmu... Saya bukak semula Hadith yang ke 6 Imam Nawawi.. Yang berkaitan dengan Halal, Haram & Samar (Syubhat).. & kedudukan hati..

Dalam Hadith ini, Rasullulah ada kata , yang halal itu nyata dan yang haram itu juga nyata. Yang Halal itu tidak dilarang & yang haram itu adalah yang dilarang.

Namun, ditengah-tengah itu wujudnya kesamaran yakni syubhat. Yang mana sesuatu makanan itu tidak dapat dipastikan samada betul-betul halal atau haram. Bila ditelitikan pembacaan, Imam Al-Ghazali ada berkata, meninggalkan yang syubhat itu adalah satu sifat wara'.. Dan itulah yang dipilih olehnya.

Sebab mereka meninggalkannya adalah kerana wujudnya persoalan hendak menjaga kesucian hati & agama di sini. Yang mana dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan manusia itu. Namun, jika buruk, begitu juga lah sebaliknya ~. Itu adalah HATI.. Hakikatnya, apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita & seterusnya membentuk diri & keturunan kita.. Mahukan keturunan yang terbaik? Maka, kita hendaklah memilih yang terbaik!..:p

2 cara kita boleh menangani persoalan syubhat ini.

1: Kita " beriman " dengan logo halal. Jika di Malaysia, HALAL JAKIM. Yakni, bagi masyarakat awam, secara logiknya, mereka tak mampu untuk mengkaji untuk mengetahui kandungan makanan yang dimakan. Sesungguhnya Islam itu agama yang mudah & tidak menyusahkan penganutnya. Jadi,mereka boleh memilih untuk terus makan makanan yang berlogo Halal asalkan mereka yakin walaupun ada wujud keraguan yang digembar gemburkan dalam media.


..Halal Jakim..

2: Kita ragu-ragu ? Maka, tinggalkan!..:p Saya beri contoh ayam di sini.. Ada yang kata ayam biasa yang dijual di inject dengan kandungan yang mengandungi khinzir yang mana menjadikannya cepat besar. Bagi golongan yang ragu2 ini, Tinggalkan!senang... Kita masih punya inisiatif yang lain.. AYAM ORGANIK!!..:p Mari kita sokong ayam organik..p/s: saya allergic ayam biasa. Jadi pilihan saya ayam organik!!~ :D 


HPA.. saya tak cakap apa apa..:p

Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah fardu bagi umat Islam..:p

Coretan Saya

Alhamdullilah, minggu ini kami students foundation bebas daripada kakak2 degree~:p Merehatkan telinga dari celoteh mereka ~ ngeh ngeh ngeh... Tapi, kadang-kadang rindukan kebisingan mereka yang melampau jugak!! :)

Waktu saya tengah menaip ini, saya ditemani adik saya. Gambar dia? Sebelah kanan tu~:p.. Tapi, sekarang makin cOmey lagi la ~ngeh ngeh ngeh...

Insya Allah, Ahad ini adik akan melangkah ke Bumi Hira'. Hebat aturan Tuhan itu!.. Subhanallah..Moga moga Allah berkati langkahnya dalam menuntut ilmu di jalanNya.. Dia anak bongsu..Adik saya yang tunggal.Atas dia terletak banyak harapan dari mama & papa yang tersayang. Apa dia? Itu rahsia kami!!..:p

Esok..Dia dah nak balik..:p

Dalam 1bulan ini, banyak benda yang terjadi dalam keluarga. Jawapan kami : Senyum. Belajar untuk menerima dan redha. Hikmah terbesarnya? Alhamdullilah, Tuhan tunjuk jawapannya..Allahu Akhbar..

Moga moga dengan melangkahnya tahun 2009, dan menjelmanya 2010 yang baru, kita terus bergerak selaras dengan azam yang telah 14 hari dipasang~ Sama sama kita menuju redhaNya~

Kepada adik adik yang bersekolah , Ayuh kembali ke sekolah ~ ngee:D






Wallahualam..

Thursday, 17 December 2009

Sambungan Musafir [3]

Ini mungkin yang terakhir..

Usai Check point 2..
Kaki melangkah ke destinasi seterusnya..Bersama Ukti fillah..Kak Izzati & Kak Wani Utem..
Hadith 1 & 3 di tasmiq'.. Alhamdullilah..
Saya cuba kaitkan dengan Check point 4 - yang terakhir..
Bersama Kak Kamilah & Kak Aina..

Sedikit perkongsian..

"Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat..& setiap seseorang adalah dengan apa yang di niatkan."

Dalam melayari kehidupan, kita sering mengingatkan diri..Kita sering mentajdid niat setiap hari,
" Sesunggguhnya segala pekerjaanku adalah kerna Allah swt. Setiap yang aku lakukan adalah kerna redhaNYA.." Namun, ingin saya ajukan persoalan ini,

" Andai kita peroleh sesuatu yang bukan seperti yang kita rancang, bukan yang kita mahu, bukan seperti yang kita harapkan, sedihkah kita? menangiskah kita? sakit hatikah kita? putus asakah kita.."

Hakikatnya, ketika itulah iman kita di uji..

" ikhlas kah kita semasa menerima segala yang terjadi? Ikhlaskah kita semasa melafazkan niat itu?
Redhakah kita semasa menerima segala macam ujian? kuatkah pergantungan kita padaNYA semasa kita melafazkan niat itu? " Di situ Tuhan menguji..Di situ DIA melihat..

Dalam melafazkan sesuatu niat, belajarlah untuk ikhlas , belajarlah untuk meletakkan pergantungan yang paling tinggi pada Allah.. Sesungguhnya , DIA tahu apa yang terbaik untuk kita, hamba hambaNYA.. Itu peringatan buat saya juga..

Memandangkan ramai yang akan menghadapi ujian peperiksaan ketika ini.. saya kira perkongsian ini mungkin bersesuaian .. ikhlas dalam berniat ...cuba saya selitkan dengan pengalaman saya yang seciput ini.. Barakallahu Fikum..

Kisah saya, teman muhasabah saya..

Masa di Check Point 4 -

Pandang ke atas adikku..

" Kerdilnya kita..Besarnya Allah..
Hinanya kita.. Mulianya Allah..
Jahatnya kita, Maha Pengampunnya Allah.."..

Saya jadi teringat,

Sewaktu kaki melangkah ke Bumi Melaka demi meneruskan perjuangan menuntut ilmu, saya masih belajar untuk redha.. Mungkin dulu, pengharapan yang terlalu tinggi saya letakkan pada diri..pada usaha..bukan pada Sang Pencipta..Impian saya, nun Bumi Mesir.. Saya sangat berusaha untuk mendapatkan tawaran biasiswa ke sana.. Impian saya, saya mahu bergelar seorang DOKTOR. Alhamdullilah, saya berjaya..

Namun, Allah itu Maha Melihat, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Mengetahui..& DIA tahu segala yang terbaik buat hambaNYA..

Impian saya tersadung di tengah jalan. Langkah ke sana tak dapat saya teruskan.. Sakit di waktu itu, tak usah saya ceritakan.. Takut timbul putus asa di jalan Tuhan.. Ayah cukup membantah atas alasan kesihatan saya & saya anak perempuan terakhir .. DIA Maha Melihat segala yang terjadi..

Di kala itu, Saya menemu Tuhan.. Memohon jalan penyelesaian.. & akhirnya, istikharahlah yang menemukan saya dengan sesuatu yang tak pernah saya sangkakan..Dengan sesuatu yang saya tak pernah impikan.. Tercampakkah aku ke sini? ; Tercampakkah saya? Saya belajar untuk redha..

Pahit untuk menelan. Tapi, saya percaya akan segala takdirNYA. Saya percaya pada segala hikmahNYA. Mungkin berkat doa ayah & ibu, alhamdullilah, saya menemui hikmah yang sangat besat berada di bumi Melaka , Bumi MMU ini..

Bak kata Kak Aina.. Atas segala yang terjadi, cariklah hikmah NYA ..HIKMAH, buat saya kembali redha..

Ya Rabb, permudahkan kan segala urusanku disini..Rabbi Yusahhil..

Bersama Tahun Hijrah - 1431 yang baru, sama sama lah kita berhijrah, sama sama kita berubah kepada yang lebih baik! Moga moga kita istiqamah atas jalanNYA..Ameen..

Sahabat..
Bila dirimu bergelar DA'IE,Dirimu wajib sedar ;
bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA ;
Kata Imam Hassan Al Banna : '' Tanggungjawab melebihi masa yang ada & tarbiyah yang bersalutkan ILMU & CABARAN lah yang dapat mendewasakan dirimu "
tapi, cukupkah jika kita sekadar menerima tarbiyah ?
Sampaikanlah pada yang lain...
Bangunlah Wahai Syabab.. Sedarlah wahai Fatayat...
Kalian bukan memulakan perjuangan tapi, kalianlah mata mata ynag menyumbang rantai rantai perjuangan!

Salam perjuangan! :D
Salam mujahadah! :p


kenangan di kompleks falak al khawarizmi ~:D