Thursday, 28 January 2010

.: Nice Links:.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

For these few days, i've been trying to check out 4 more " input " 4 myself. Through 1 blogger's page, i've found this link.. A lot of good lessons are there.. And all of it is about ISLAM if i'm not getting wrong.. I wish to  know more.. Hope that all readers can get more of course..Insya Allah..

Do check it out dear friends!~:D

&
one more..
Instead of watching koreans.. u guys can try on this!..~:D

Dr Juanda quoted a hadith,"Dua nikmat yang manusia mudah tertipu yaitu, kesihatan dan masa lapang.."




And he continued,"Masa lapang adalah fitnah yang amat besar kepada manusia..bagaimana kita memanfaatkan masa lapang?"


Then quoted a saying,"Orang yang sibuk, tidak akan disibukkan.."..and advised "kalau kita ada masa kosong..isikan masa kosong itu dengan perkara yang bermanfaat kalau tidak, maka akan datang perkara yang bermaksiat.. dan inilah yang banyak berlaku kepada generasi muda kita.." which is so true..

As the Arabic saying goes;

"Air yang tidak mengalir akan merosakkan air itu, pemuda yang banyak masa kosong akan dibunuh oleh masa kosong itu.."

p/s: To all aLphians.. do take care of ur precious time.. [ a reminder to myself too]..May Allah blessed us... To all degree seniors n diploma friends.. study smart yah!.. Take care~:D






Wednesday, 27 January 2010

:. Dari Helaian Risalah Ikhwan .:

Siapakah aku?

Aku adalah seorang insan yang mencari kebenaran… Lantas aku temuinya dalam Islam.

Aku adalah insan yang mencari jalan kehidupan .. Lantas aku temuinya dalam dakwah al-Ikhwan..

Ya setiap kali datang hari-hari baru .. akan ada saksi yang melihat amal-amal kita.. Hari baru ini juga merupakan peluang untuk kesekian kalinya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita berusahan menyelamatkan diri kita daripada neraka, dengan mengikuti ajaran Islam yang Agung.. Islam adalah Rahmat Allah yang menjadi petunjuk dan manhaj hidup yang lurus.

Langkah pertama di jalan ini ialah berusaha memperbetulkan diri kita.

Wahai saudaraku ahli al-Ikhwan !!

Medan amal kamu yang pertama adalah diri kamu. Sekiranya kamu berjaya memdidik diri kamu maka kamu akan lebih mampu mendidik orang lain. Sekiranya kamu gagal mendidik jiwa kamu maka lebih payahlah untuk kamu mendidik orang lain.

Cubalah berjuang mendidik jiwa kamu terlebih dahulu. Ingatlah dunia hari ini amat-amat menunggu-nunggu lahirnya satu generasi pemuda-pemudi yang cemerlang, memiliki jiwa yang suci bersih (daripada kotoran jahiliah) dan memiliki akhlak mulia yang utuh. Kamulah pemuda-pemudi itu . Pastikan mereka itu adalah kamu dan janganlah kamu berputus asa untuk terus berusaha.

Letakkan dihadapan mata kamu sabda rasulullah s.a.w.

( Pastikan diri kamu untuk melakukan enam perkara dan aku menjamin syurga untuk kamu: Apabila berkata-kata bercakaplah yang benar, tepatilah janji-janji kamu apabila berjanji, tunaikanlah segala amanah yang kamu terima, peliharalah kemaluan kamu daripada zina, tundukkanlah mata kamu daripada maksiat dan tahanlah tangan kamu daripada dosa..)

Kemudian lihatlah diri kamu apakah kamu melakukannya..

Wahai al-Ikhwan.

Dakwah kamu ini tertegak di atas tiga asas: Mengenal Allah, memperbaiki diri dan mengasihi semua makhluk.

Mengenal Allah dengan berzikir mengingati Allah dan bermuraqobah. Memperbaiki diri dengan melakukan ketaatan dan bermujahadah dan mengasihi manusia dengan memberi nasihat dan bersikap itsar.

Perkara pertama yang saya minta kamu lakukan dan yang saya akan muhasabah kamu atas asas fikrah Ikhwan ialah:

1. Kamu hendaklah memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran dan menghafal sekurang-kurangnya satu ayat sehari.




2. Kamu hendaklah duduk melakukan muhasabah diri setiap hari sebelum tidur. Bentangkan semua aktiviti harian kamu pada diri sendiri sekiranya kamu melakukan kebaikan bersyukurlah kepada Allah dan sekiranya tidak hendaklah kamu berazam menyempurnakan apa yang tertinggal.




3. Kamu hendaklah memelihara solat 5 waktu dalam waktunya. Kamu hendaklah menunaikannya dengan sebaik-baiknya. Kamu hendaklah memahami hukum-hakamnya. Lakukanlah rukuk, sujud dan khusyuk dengan sempurna. Bacalah al-Quran di dalam solat dengan bertajwid dan bertadabbur . Janganlah kamu mengabaikan amalan sunat dan solat rawatib. Kamu hendaklah berusaha menunaikan solat berjamaah di masjid dan memastikan sentiasa menunaikan solat Subuh dalam waktunya…







.{ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

من أنا

باحث عن الحقيقة … فوجدتها في الإسلام

وباحث عن السبيل … فوجدته في دعوة الإخوان

نعم … فكل يوم جديد على عملنا شهيد … وهو فرصة أخرى يمنحها الله سبحانه وتعالى لنا لكي ننقذ أنفسنا، باتباع رحمته المهداة ونهجه القويم … الإسلام العظيم … وأول خطوات ذلك العمل مع انفسنا ..

أيها الإخوان

ميدانكم الاول انفسكم ، فإذا انتصرت عليها كنت على غيرها أقدر ، وإذا أخفقتم فى جهادها كنت عا سواها أعجز . فجربوا الكفاح معها اولاً ، واذكروا أن الدنيا جميعا تترقب جيلا من الشباب الممتاز بالطهر الكامل والخلق القوى الفاضل ، فكونوا أنتم هذا الشباب ولا تيأسوا ، وضعوا نصب اعينكم قول الرسول الكريم صلى الله عليه وسلم (( اضمنوا لى ستا من انفسكم ، اضمن لكم الجنة اصدقوا اذا حدثتم ، وأوفوا اذا وعدتم ، وأدوا اذا أؤتمنتم ، واحفظوا فروجكم ، وغضوا ابصاركم ، وكفوا أيديكم ، ثم انظروا هل انتم كذلك )) ؟

أيها الاخــــوان

دعوتكم هذه تقوم على أصول ثلاثة :

معرفة الله ، وصلاح النفس ، ومحبة الخلق

والمعرفة إنما تكون بالتذكر والمراقبة

وصلاح النفس بالطاعة والمجاهدة ،

ومحبة الخلق بالنصيحة والايثار

وأن أول ما أطالبكم به عملياً ، وأحاسبكم عليه باسم الفكرة :

1 – أن يجعل كل منكم لنفسه حصة من القرآن الكريم يقرؤها وآية على الأقل يحفظها يومياً .

2 – وأن تحرصوا على جلسة المحاسبة قبل النوم ، يستعرض كل منكم فيها عمله اليومى بينه وبين نفسه ، فإن وجد خيراً فليحمد الله ، وإن وجد غير ذلك فليعزم على تدارك ما فات .

3 – وأن تحرصوا على هذه الصلوات الخمس فى أوقاتها ، وأن تحسنوا أداءها، وتفقهوا أحكامها، وتتموا ركوعها وسجودها وخشوعها، وتجيدوا وتتدبروا ما تقرءون من كتاب الله فيها، ولا تقصروا فى النوافل الرواتب، وأن تتحروا المسجد والجماعة ما استطعتم، وأن تحرصوا ما أمكنكم على صـــــلاة الصبــح فى وقتهـــــا { وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }


Excerpt of an article from http://renungan2u.wordpress.com/ ..

p/s : Moga moga mendapat manfaat. Cuti-cuti sem ini terasa hati sedikit kacau.. Mungkin sebab kurangnya berprogram.. Sekurang kurangnya pengisian ini dapat juga menyiram hati yang kehausan.. Tak sabar KoBanna Sabtu ini.. Uniten~ here i come..:D

Tuesday, 26 January 2010

:. Jiwa Da'ie & Pemikiran Fiqh .:

Excerpt from a blogger page :

Excerpt of an article from Saifulislam.com, Tajuk,"Jiwa da'i, otak fiqh".. though the topic is on sikap dan cara dakwah but lets FOCUS more on the dialogue itself..

Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, "do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't believe in wearing scarf. If God doesn't want us to show our hair, then He will create us hairless!"

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat dari surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih!

Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu".

"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.

"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.

"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.

"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?", saya menguji.

"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.

"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan perbualan.

"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?", beliau bertanya lagi.


"Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.

"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year", katanya dengan yakin.

"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan ke?", saya bertanya kepadanya lagi.

"Hmm...", sepi tanpa jawapan...

"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama..."

"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis tersebut mengacukan soalannya.

"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.

Lantas aku mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan berikut:

"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah lagi nak mengadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!"

Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih dan tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!"

Sama sama kite renung-renungkan.. Andai kita di tempat itu? Apa pula jawapan yang bakal kita beri.. Ilmu itu bukan untuk disimpan seorangan sebaliknya harus keatas kita untuk menyampaikan.. Andai tidak hebat mana pun penyampaian kita, sekurang-kurangnya Allah melihat.. Allah Maha Melihat, & DIA maha memberi perhitungan atas segala galanya.. Moga Allah redha~

Ayuh kita kutip mutiara Imam Hassan Al Banna,  seorang pendakwah yang telah lama hilang namun perjuangannya masih tetap utuh di hati kita.. Insya Allah..,

 "SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD.. Insya Allah..



Konvensyen Pemikiran Imam Hassan Al Banna
" Dalam Melakar Agenda Bangsa "
Tempat : UNITEN , Bangi
Tarikh : Sabtu , 30 Januari 2010

Ayuh, ramai-ramai kita sertai..:D

Thursday, 31 December 2009

.:Tirai 2009 Ditutup:.

Tidak kurang dari 2 jam lagi..Insya Allah tirai tahun 2009 akan ditutup ~
Namun pada hakikatnya..tahun baru sudah 14 hari kita lalui..
Hari ini 14 Muharram 1431..~:D
Para pembaca apa khabar ?
Moga moga kita terus berada di landasan.. Mari menjadi hamba ~ Memburu redha Allah..
Sama sama kita jaga iman.. Jaga amal.. Jaga hati..:p

Sekadar ingin berkongsi

Alhamdullilah..pembentangan Islamic Studies kami selesai ~ :p
Tajuk kami tentang Al Khamr - Arak
Susah senang pahit dan manis ~ itu kenangan buat kami kerja berkumpulan..kui kui kui..

Sedikit coretan sebagai khulasoh ~

Dalam proses pencarian ilmu... Saya bukak semula Hadith yang ke 6 Imam Nawawi.. Yang berkaitan dengan Halal, Haram & Samar (Syubhat).. & kedudukan hati..

Dalam Hadith ini, Rasullulah ada kata , yang halal itu nyata dan yang haram itu juga nyata. Yang Halal itu tidak dilarang & yang haram itu adalah yang dilarang.

Namun, ditengah-tengah itu wujudnya kesamaran yakni syubhat. Yang mana sesuatu makanan itu tidak dapat dipastikan samada betul-betul halal atau haram. Bila ditelitikan pembacaan, Imam Al-Ghazali ada berkata, meninggalkan yang syubhat itu adalah satu sifat wara'.. Dan itulah yang dipilih olehnya.

Sebab mereka meninggalkannya adalah kerana wujudnya persoalan hendak menjaga kesucian hati & agama di sini. Yang mana dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan manusia itu. Namun, jika buruk, begitu juga lah sebaliknya ~. Itu adalah HATI.. Hakikatnya, apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita & seterusnya membentuk diri & keturunan kita.. Mahukan keturunan yang terbaik? Maka, kita hendaklah memilih yang terbaik!..:p

2 cara kita boleh menangani persoalan syubhat ini.

1: Kita " beriman " dengan logo halal. Jika di Malaysia, HALAL JAKIM. Yakni, bagi masyarakat awam, secara logiknya, mereka tak mampu untuk mengkaji untuk mengetahui kandungan makanan yang dimakan. Sesungguhnya Islam itu agama yang mudah & tidak menyusahkan penganutnya. Jadi,mereka boleh memilih untuk terus makan makanan yang berlogo Halal asalkan mereka yakin walaupun ada wujud keraguan yang digembar gemburkan dalam media.


..Halal Jakim..

2: Kita ragu-ragu ? Maka, tinggalkan!..:p Saya beri contoh ayam di sini.. Ada yang kata ayam biasa yang dijual di inject dengan kandungan yang mengandungi khinzir yang mana menjadikannya cepat besar. Bagi golongan yang ragu2 ini, Tinggalkan!senang... Kita masih punya inisiatif yang lain.. AYAM ORGANIK!!..:p Mari kita sokong ayam organik..p/s: saya allergic ayam biasa. Jadi pilihan saya ayam organik!!~ :D 


HPA.. saya tak cakap apa apa..:p

Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah fardu bagi umat Islam..:p

Coretan Saya

Alhamdullilah, minggu ini kami students foundation bebas daripada kakak2 degree~:p Merehatkan telinga dari celoteh mereka ~ ngeh ngeh ngeh... Tapi, kadang-kadang rindukan kebisingan mereka yang melampau jugak!! :)

Waktu saya tengah menaip ini, saya ditemani adik saya. Gambar dia? Sebelah kanan tu~:p.. Tapi, sekarang makin cOmey lagi la ~ngeh ngeh ngeh...

Insya Allah, Ahad ini adik akan melangkah ke Bumi Hira'. Hebat aturan Tuhan itu!.. Subhanallah..Moga moga Allah berkati langkahnya dalam menuntut ilmu di jalanNya.. Dia anak bongsu..Adik saya yang tunggal.Atas dia terletak banyak harapan dari mama & papa yang tersayang. Apa dia? Itu rahsia kami!!..:p

Esok..Dia dah nak balik..:p

Dalam 1bulan ini, banyak benda yang terjadi dalam keluarga. Jawapan kami : Senyum. Belajar untuk menerima dan redha. Hikmah terbesarnya? Alhamdullilah, Tuhan tunjuk jawapannya..Allahu Akhbar..

Moga moga dengan melangkahnya tahun 2009, dan menjelmanya 2010 yang baru, kita terus bergerak selaras dengan azam yang telah 14 hari dipasang~ Sama sama kita menuju redhaNya~

Kepada adik adik yang bersekolah , Ayuh kembali ke sekolah ~ ngee:D






Wallahualam..

Thursday, 17 December 2009

Sambungan Musafir [3]

Ini mungkin yang terakhir..

Usai Check point 2..
Kaki melangkah ke destinasi seterusnya..Bersama Ukti fillah..Kak Izzati & Kak Wani Utem..
Hadith 1 & 3 di tasmiq'.. Alhamdullilah..
Saya cuba kaitkan dengan Check point 4 - yang terakhir..
Bersama Kak Kamilah & Kak Aina..

Sedikit perkongsian..

"Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat..& setiap seseorang adalah dengan apa yang di niatkan."

Dalam melayari kehidupan, kita sering mengingatkan diri..Kita sering mentajdid niat setiap hari,
" Sesunggguhnya segala pekerjaanku adalah kerna Allah swt. Setiap yang aku lakukan adalah kerna redhaNYA.." Namun, ingin saya ajukan persoalan ini,

" Andai kita peroleh sesuatu yang bukan seperti yang kita rancang, bukan yang kita mahu, bukan seperti yang kita harapkan, sedihkah kita? menangiskah kita? sakit hatikah kita? putus asakah kita.."

Hakikatnya, ketika itulah iman kita di uji..

" ikhlas kah kita semasa menerima segala yang terjadi? Ikhlaskah kita semasa melafazkan niat itu?
Redhakah kita semasa menerima segala macam ujian? kuatkah pergantungan kita padaNYA semasa kita melafazkan niat itu? " Di situ Tuhan menguji..Di situ DIA melihat..

Dalam melafazkan sesuatu niat, belajarlah untuk ikhlas , belajarlah untuk meletakkan pergantungan yang paling tinggi pada Allah.. Sesungguhnya , DIA tahu apa yang terbaik untuk kita, hamba hambaNYA.. Itu peringatan buat saya juga..

Memandangkan ramai yang akan menghadapi ujian peperiksaan ketika ini.. saya kira perkongsian ini mungkin bersesuaian .. ikhlas dalam berniat ...cuba saya selitkan dengan pengalaman saya yang seciput ini.. Barakallahu Fikum..

Kisah saya, teman muhasabah saya..

Masa di Check Point 4 -

Pandang ke atas adikku..

" Kerdilnya kita..Besarnya Allah..
Hinanya kita.. Mulianya Allah..
Jahatnya kita, Maha Pengampunnya Allah.."..

Saya jadi teringat,

Sewaktu kaki melangkah ke Bumi Melaka demi meneruskan perjuangan menuntut ilmu, saya masih belajar untuk redha.. Mungkin dulu, pengharapan yang terlalu tinggi saya letakkan pada diri..pada usaha..bukan pada Sang Pencipta..Impian saya, nun Bumi Mesir.. Saya sangat berusaha untuk mendapatkan tawaran biasiswa ke sana.. Impian saya, saya mahu bergelar seorang DOKTOR. Alhamdullilah, saya berjaya..

Namun, Allah itu Maha Melihat, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Mengetahui..& DIA tahu segala yang terbaik buat hambaNYA..

Impian saya tersadung di tengah jalan. Langkah ke sana tak dapat saya teruskan.. Sakit di waktu itu, tak usah saya ceritakan.. Takut timbul putus asa di jalan Tuhan.. Ayah cukup membantah atas alasan kesihatan saya & saya anak perempuan terakhir .. DIA Maha Melihat segala yang terjadi..

Di kala itu, Saya menemu Tuhan.. Memohon jalan penyelesaian.. & akhirnya, istikharahlah yang menemukan saya dengan sesuatu yang tak pernah saya sangkakan..Dengan sesuatu yang saya tak pernah impikan.. Tercampakkah aku ke sini? ; Tercampakkah saya? Saya belajar untuk redha..

Pahit untuk menelan. Tapi, saya percaya akan segala takdirNYA. Saya percaya pada segala hikmahNYA. Mungkin berkat doa ayah & ibu, alhamdullilah, saya menemui hikmah yang sangat besat berada di bumi Melaka , Bumi MMU ini..

Bak kata Kak Aina.. Atas segala yang terjadi, cariklah hikmah NYA ..HIKMAH, buat saya kembali redha..

Ya Rabb, permudahkan kan segala urusanku disini..Rabbi Yusahhil..

Bersama Tahun Hijrah - 1431 yang baru, sama sama lah kita berhijrah, sama sama kita berubah kepada yang lebih baik! Moga moga kita istiqamah atas jalanNYA..Ameen..

Sahabat..
Bila dirimu bergelar DA'IE,Dirimu wajib sedar ;
bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA ;
Kata Imam Hassan Al Banna : '' Tanggungjawab melebihi masa yang ada & tarbiyah yang bersalutkan ILMU & CABARAN lah yang dapat mendewasakan dirimu "
tapi, cukupkah jika kita sekadar menerima tarbiyah ?
Sampaikanlah pada yang lain...
Bangunlah Wahai Syabab.. Sedarlah wahai Fatayat...
Kalian bukan memulakan perjuangan tapi, kalianlah mata mata ynag menyumbang rantai rantai perjuangan!

Salam perjuangan! :D
Salam mujahadah! :p


kenangan di kompleks falak al khawarizmi ~:D

Tuesday, 15 December 2009

Sambungan Musafir [2]

Alhamdullilah.. Allah izinkan jua saya mencoret di blog ini.. Dengan kekangan masa + 3 assignment berturut, waktu saya agak haru biru 2 ,3 hari ni..Ya Rabb..Permudahkanlah..Ameen..

InsyaAllah, saya cuba kongsikan apa yang saya dapat, apa yang saya rasa..Ape yang terkesan dalam diri saya.. Saya cuba..

Sebagaimana yang saya ceritakan dalam post yang lepas - perkara yang terkesan dalam hati saya..



Sewaktu Tamrin 1, Tanah Perkuburan..Soal kematian yang menghimpit ketika malam itu.. 1 demi 1 kubur mata ini soroti..Inilah tempatku..ini..

Saya masih teringat. 17 Ramadhan ketika itu.. Dan saya, sempat mencatatkan sesuatu pada malam itu..
Cuma itu adalah untuk tatapan saya.. Rahsia saya.. Untuk sahabat sahabatku,

" Pada Allah kita datang, pada DIA jualah kita akan kembali.."

- Sesunggungnya hidup ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri pada Allah -

Kita buat apa yang Allah suruh, kita cuba tinggalkan segala yang Allah larang..Dalam apa jua perkara yang dilakukan..Saya cuba soalkan kembali pada diri ini, " Redhakah Tuhan dengan tindakan ku? Redhakah Dia?"

Nilai keinsafan itu yang saya dapat. Allah memberikan tarbiyyah Nya dalam Travelog itu.. Saya jadi kerinduan.. Itu lah saya.. Itulah manusia.. Yang sering lupa & alpa.. Atas segala janji TuhanNya..

Manusia itu akhirnya akan pulang kepada Penciptanya..Lantas, apa yang harus dikejarnya di jambatan ini? Sesungguhnya kehidupan di dunia adalah jambatan ke akhirat wahai sahabatku sayang..

Dan di situ satu resolusi yang diamanahkan pada diri ini.. Bersama para sahabat, kami punya 6 resolusi - 6 amanah pada Pencipta kami.. Kelak akan disoal, kerna itu adalah janji kami..Waktu itu, saya masih ingat, kami mengangkat tangan, kami berjanji.. Wahai sahabat, moga kita istiqamah atas segalaNya..Ameen..

Hakikatnya, resolusilah yang menjadi satu anjakan paradigma buat seseorang, buat suatu keluarga, buat suatu jemaah.. Andai tahu diri mahu berubah,andai tahu diri perlu berubah, maka berubahlah, pandukan ilmu bersama dalam mencari erti suatu perubahan..Insya Allah.. Moga moga..kita menemui jalan itu..

Bersama Tamrin 2, di kala hendak menjelangnya subuh itu.. Saya di jagakan dari tidur..Selesai wudu', saya dihantar ke check point yang pertama. Bersama Kak Zinni & Kak Atiqah.. Bacaan Al-Fatihah saya ditasmi'.. Alhamdullilah..Itulah adalah rukun solat kita.. Fadhilat al Fatihah di kupas di sini..
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"

Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:

"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan

"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."Ameen..

Perjalanan saya melewati di Check point yang kedua. Kak Linda & Kak Suhailah...
Dalam suasana yang cukup nyaman & tenteram di kala subuh itu, Solat Sunat Tahajjud & Taubat dilaksanakan.. Kata Kak Linda, ikhlaskan hati, betulkan niat.. Nilai keinsafan dititipkan buat saya.. Atas hamparan rumput itu, saya rukuk . Atas hamparan itu, saya bersujud.. Sujud kepada Allah, Tuhan yang Satu.. Sujud, kepada Pencipta yang mencipta..Sujud..& sujud..




" Hinanya aku..Tak layak untukku berbongkak langsung atas Bumi Mu Tuhanku.. Hinanya aku.. atas segala nikmat Mu yang tidak ku syukuri..Hinanya aku..Ya Rabb.."

Air mata jadi murah di kala itu..

Itulah manusia..Seringkali perlu diingatkan.. Agar tidak jauh dari landasanNya yang sebenar.. Kerna itulah fitrah kita..Yang sering Lupa & terleka..

Saya jadi kerinduan...

" Dari tanah kita datang ; pada tanah jualah kita akan kembali "..Sama sama kita insafi sahabat sahabatku..

Ada di sebut dalam Surah An- Naba', apabila orang kafir melihat perhitungan Allah yang amat ketat.. Lantas mereka berkata :

" Alangkah baiknya jika aku ini dahulu ialah tanah " ( An- Naba' :40 )..

Sama sama kita hargai nikmat Islam & Iman ini sahabat..Sesungguhnya,  Allah memilih kita atas jalanNya..

Masih ada 2 check point...
Tapi, saya benar-benar tidak sempat untuk menulis sekarang..
InsyaAllah.. andai punya kelapangan waktu lagi.. Saya kembali untuk langsaikan..

Saya teringat..

"Pandang ke atas adikku..


" Kerdilnya kita..Besarnya Allah.. Hinanya kita.. Mulianya Allah.. Jahatnya kita, Maha Pengampunnya Allah.."..

Ya Rabb..Saya benar benar teringat..

Sekian sahaja sahabat..

Wallahu'alam...

Sunday, 13 December 2009

.:Musafir Tautan Syahadah:.

Insya Allah , Post kali ini ditujukan buat sahabat-sahabat yang tak dapat sertai program ini..
Atas janji pada Kak Izzati ..Jua atas dasar perkongsian sesama kita..

Ini coretan pengalaman saya ..apa yang saya rasai..sekadar sebuah perkongsian..
Ada yang akan diceritakan..Ada yang tidak..

Terima kasih yang teramat sangat buat ukhti & akhi yang bertungkus lumus untuk program ini..
Rabb Yusahhil.. Moga Allah permudahkan segala urusan kalian..
" Bila kita tolong jalan Allah, DIA pasti akan tolong jalan kita.." Ameen..

Jumaat ( 11/12/2009)
Kuliah dasar & Ice Breaking
____________________________________

Soal Aqidah & Tauhid di kupas ketika itu..
Sedikit perkongsian di sini..
Waktu tu, Ustaz bawakan sebuah cerita yang berlaku pada zaman Rasullulah saw..
Uktbah Abi Muaiyin (Pembesar Quraisy yg berpengaruh) & Uthbah Bin Robiah (Ahli perniagaan yang kaya)..
Mereka merupakan sahabat yang amat karib..
Satu hari, Uktbah menjemput Rasullulah ke rumah untuk Kenduri Doa Selamat..
Masyarakat zaman dahulu percaya Allah itu tuhan mereka ;
namun pergantungan di letakkan pada Berhala yang sebenarnya membawa kepada persoalan syirik..
Rasullulah pergi, tapi Rasullulah tidak menjamah makanan yang di hidangkan langsung..
Perkara ini merupakan satu perkara yang amat memalukan & hina bagi Kaum Quraisy ..
Sampai Ukhbah merayu & berkata, "Ya Rasullulah, makan lah makanan itu..makan lah ya Rasullulah.."
Rasul kita pemimpin yang bijak..
"Aku akan makan wahai Ukhbah tapi hanya dengan satu syarat , Engkau lafazkan lah Syahadah; yakni memeluk Islam..
Ukhbah serba salah, andai di lafazkan syahadah..Sahabatnya pasti akan marah.. & tidak akan meneruskan perniagaan dengannya.. tapi, atas dasar tidak mahu malu & dihina.. Syahadah di lafazkan..

Saya titipkan ayat ini dari kad ynag diberi & di create oleh Kak Kamilah..

" Deklarasi kalimah syahadah dengan penuh sedar dan yakin ertinya kita telah membuat perjanjian ikrar taat setia dengan Allah swt. Penguasa mutlak seluruh jagatraya ini dan hari kemudian, secara sukarela tanpa sebarang paksaan. Perjanjian ini menuntut kemurniaan dalam bertanggungjawab & menjadi teras sistem & kiblat hidup insani.. "


Namun, atas desakan & ugutan sahabatnya untuk menarik diri daripada perniagaan andai dia terus bersama Islam... Akhirnya dia murtad..

& Ini disebut dalam Surah Al Furqan..
Ayat 27..
"Dan ingatlah hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya( Penyesalan di ata perbuatan).. seraya berkata " Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul.."

Saya jadi teringat..

Sama samalah kita pengambil ibrah daripada kisah ini..

HIDAYAH adalah milik mutlak Allah..
HIDAYAH adalah bagi mereka yang mencari erti ketuhanan yang sebenar.. TAUFIQ dari Allah lah yang akan mempermudahkan segalanya..

Hakikatmya,
" Tiada erti sebuah keyakinan tanpa di sertakan amalan. Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia untuk menrealisasikannya & berkorban deminya " - Imam Hassan Al Banna-

Sama sama kita renungkan..

Waktu ice breaking.. Kami main kapal terbang. :p..( berangan je lebih , nak bawak kapal terbang.:p.. )..yang dibuat daripada kertas.. Main lipat lipat..Nasib baik ade kipas kat situ..Kalau tak, alamatnya asyik terjunam jelah jet pejuang udara saya.:p.. Terbangkan kapal terbang, orang lain akan amek..soalan yang ditulis..Apa yang kelakarnya..
Antara soalan yang di utarakan..
" Dah ade calon? , Bila nak berkahwin :p ngeh ngeh ngeh.. Nak kawen jgn lupe jemput..keh keh keh.."
Haisy...Jawpnnye..
Bila nak kawin? Bila tok kadi dah ade kat depan mata la..:p..

Dari situ lah ukhuwah tercipta..Yang rapat makin di eratkan.. Yang kaku, jadi mesra.. Yang kalut , Terus jadi manje.. :p

" Indahnya dan manisnya ukhuwah hanyalah apabila bertemu & berpisah kerana Allah.."

Saya titipkan ayat ini dari seorang sahabat saya..

" Ukhuwah yang dibina ats nama Allah tidak akan mengharapkan balasan apabila memberi..
Tetapi akan selalu berkongsi air mata di kala suka dan duka..
Kesedihan temannya bagai pedang yang menikam..
Keceriaan temannya bagai pelangi yang takkan hilang..
Kehilangan temannya bagai hilang permata yang termahal di dunia..
Itulah sunnah jalanan ukhuwah pejuang agama.."

Moga moga kita thabat di atas jalannya..

Langkah mujahadah itu perlu di teruskan wahai sahabat sahabat ku sayang..
Kerana di hujung nya punya redha Sang pencipta Yang Maha Agung..

Sama samalah kita menuju..

p /s : Aktiviti yang paling berkesan dalam hati belum saya ceritakan.. Buat sahabat, sebagaimana insiden di tanah perkuburan waktu tamrin 1, mungkin aktiviti itulah kemuncak tamrin 2.. Berbeza dengan tamrin 1, tamrin 2 lebih pada pengisian & pengetahuan kita.. Up sedikit berbanding tamrin 1.. M ungkin pada pemantapan akidah kita..Setakat ini, ini sahaja.. Andai punya kelapangan waktu, saya kongsikan.. InsyaAllah..

Antara hikmah yang dapat saya carik sedikit dari aktiviti kemucak itu...

" Dari tanah kita datang, pada tanah jualah kita akan di kembalikan.."

Pandang ke atas adikku..
" Kerdilnya kita..Besarnya Allah.. Hinanya kita.. Mulianya Allah.. Jahatnya kita, Maha Pengampunnya Allah.."..

Ya Rabb..Saya jadi teringat..

Insya Allah..andai punya kelapangan.. Saya akan ceritakan..

Waallahualam..