Gembira tengok si genius liza yg hafal penuh 1 surah gaye nak melawan ustazah Jihan gtuh ! :D Nak ketawe guling guling tgk nad yg melompat bila kakak ckp pasal kawin , suke zura yang tunduk malu2 kucing mcm nak menyorok dlm tudung saji :D , excited tgk farah yg ske knekan epa nak menang nak menang !:D , bahagia tgk syiqien yg kuat menyokong statement farah mcm nak masuk perang :P hihi & rasa nak cubit epa yang tak reti tutup mulut byk sgt nak dickpannya ! :D
Allah Allah Allah ~ Sujud syukur yang tak terhingga pada Maha Suci Tuhan yang melembut lembutkan hati hati ini.. De usrah was really2 fun :') Terima kasih Allah ! Moga Engkau redha atas semuanya .
Nurliza Aminuddin l Nur Azura Abdullah l Nadhirah Ghazali l Farahiah Azmi l Shikien Bella l Nur'Aifaa Razali
[ Spreading ♥ ]
Di antara akhlak orang yang berjaya ialah bersikap optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahan dan keluar daripada krisis. Mereka inilah orangnya yang akan berjaya merubah kelemahannya sehingga menjadi kekuatan.
" Sungguh , Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah " [ Al Balad : 4]
" Wahai manusia ! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju TuhanMu , maka kamu akan menemuiNya" [ Al Insyiqaq : 6 ]
Perjuangan dan penderitaan susah payah adalah lumrah dunia. Orang yang rugi adalah mereka yang bersusah payah di dunia , namun tetap sakit menderita di akhirat . Namun , mereka yang beruntung adalah mereka yang menderita bersusah payah bermujahadah di dunia dan bahagia tenang tenteram di akhirat sana .
[ Tafsir Fi Zilal Syed Qutb : Al Balad ]
Syurga , hanya mampu digapai dengan kesanggupan !
.cinta , cita cita & pengorbanan.
It's Jumaat , jumaat ! Everbody looking forward to His mercy, mercy :)
This song delight my jum'at morning :')
so ohsem of song ♥
[ Spreading ♥ ] It's jumuah mubarakah ! :') doing every single things with de intention of Lillahi Taa'la. May Allah bless us more and more with His Rahmah & Magfirah . Rabbuna yuqowwiy :)
Rindu menulis, mencoret . Lalu di coret coret sini sana , menjadi bingkisan coretan cerita hati . :)
Hari ini , mungkin akan menjadi hari yang mencabar untuk dia . Untuk mereka . Hanya doa yang mampu di pasakkan dari jauh untuk kalian . " Allah , Kau permudahkan lah dalam setiap perkara yang harus dia & mereka lalui dlm menyelusuri ketetapan Mu "
Hari ini , Cawangan Tadika Nurani Pintar memulakan operasi secara rasmi nya . Sujud syukur pada Allah kerna terlalu banyak mempermudahkan urusan mama , urusan kami sekeluarga . Tup tup , sesi persekolahan dah bermula. Alhamdullilah , tidak sangka sama sekali tadika baru berjaya jugak di buka walaupun pada awal nya banyak rintangan yang mendatang . InsyAllah , khair . Yakin Allah akan permudahkan buat mama papa . ameen :)
Memetik ayat dalam At Thariq ilal Qulub, wasiat al Banna :
" Bersiap dan berbuatlah , jangan menunggu datangnya esok hari , kerana bisa jadi engkau tidak bisa berbuat apa apa di esok hari .
Kita memang harus menunggu putaran waktu itu , tetapi kita tidak boleh berhenti . Kita harus terus berbuat dan terus melangkah kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad . "
"Dan orang orang yang berjihad untuk ( mencari keredhaan ) Kami , sungguh akan kami tunjukkan jalan jalan Kami " ( Al Ankabut : 69 )"
Mereka di medan sana , kita di medan sini . Ayuh ! sama sama berusaha .
Bila melihat anak anak kecil , seringkali teringat serasa seperti terulang ulang kata kata mama , " Adik tangungjawab mama , anep abang cece semuanya tanggungjawab mama . Bukan sekadar 1 anugerah tuhan untuk mama papa :) Lima orang nih jugak ujian untuk mama . Jadi , pegang ikatan kekeluargaan ni erat erat , jangan sampai dilepas lepaskan . Doakan yang baik baik sahaja .InsyaAllah semua nya baik baik sahaja nanti.
Perkataan "ujian" dalam ayat mama selalu membuat kepala saya berputar 180 darjah. Huk ! Hehe .
Cinta , kasih & sayang yang sangat menggunung untuk mereka .
" Allah sekali kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalm rongganya " ( Al Ahzab : 4)
Penuh kan hati dengan sarat cinta & keimanan , kerna mana mungkin hati yang gersang , kasar , meyimpan rasa dengki dan kebencian muncul dalam masa yang sama . Tidak mungkin pemilik hati yang sarat dengan cinta & keimanan , pada masa yang sama adalah seorang yang berhati gersang , kasar , serta menyimpan rasa dengki dan kenbencian pada pihak lain . Jadi , berdoa selalu insyAllah khair !
Kakak selalu ingatkan , bersihkan hati kita dengan hidayah ilahi terlebih dahulu . sebersih bersihnya . Jaga solat malam solat awal waktu jaga tadabbur quran ingat istigfar dan zikir pada tuhan . Dan kemudian berikan mereka ilmu pengetahuan dan pengalaman yang kita dapati buat mereka .Sekali lagi , insyAllah khair !
yeah ! i got to be strong and just keep pushing on. !_! keep the faith within myself that i'm going to make it .. ^^
Part tyme and full tyme study ?
It's ur passion ! NOT a sacrifice action :')
Sekurang kurangnya, pengalaman 2 tahun dekat mmu banyak mengajar makna ,
ape itu bahagia bila terpaksa . kan ? :P nggeeeee~
sumanya, da tertulis , yang penting - korek dan gali hikmahnya dalam dalam.
yet , HIS qada' & qadar is de best , :') insyaAllah, a bit relieved . ~
-insyaAllah-
Mei 2011 intake
Open University Malaysia
Course : Early Chilhood Education
Part time Study
application form submitted - / < tick *_~ >
supported document - in progess < crucial , spm certificate hilang ! :P kne p amek sijil spm dekat maahad :D heeee~ >
dermasiswa - to be submitted together , insyaAllah.
lesen kereta - ayyyoookkkk! - -" masalah besar ! ngeh ngeh~
[ Moga moga dipermudahkan untuk semua urusan ! ameen. Rabb Yusahhil ]
-insyaAllah-
June 2011 intake
Multimedia University , Melaka Campus
Course : Gamma Year Accountancy
Full time Study
Mama : Ma dengar mei da register yer ?
Me : Ha'ah , apply da dapat. tinggal nak hantar supported document & settlekan dermasiswa. :')
Dia tanya experience , mcm mane ? :P:P:P mei jadi cikgu tadika kejap je. 3 bulan keje dengan
mama lepas spm. jadi cikgu separuh bulan !_! main kejar kejar dengan budak budak kechik nih banyk
la jugak, 2 bulan setengah. kehkeh .. sabar je la ~
Mama : haha budak nih. T_T nnty surat pengesahan pengalaman bagi ma sahkan. :') kira selesai ! ^^
alhamdullilah . :') lesen ?
Me : ngeh ngeh . penyalah gunaan kuasa la Puan Guru Besar Tadika :P haha~ lesen? Haddoyyy , mcm
mane papa ?
Papa : Jumaat nih balik settlekan dekat sana.
Me : Percaya dkat mei ?
Papa : Jgn sampai L mati , baru nak amek P lagi , @_@ cepat settlekan.
Me : kehkehkeh .. baik bosh! ^^
{ deep inside , it's a grateful feeling. oh God ! i'm really thankful for ur de nikmat & opportunity that u've gave me. !_! }
Trying to be someone that they can trust on , before de promosing day coming. Sebab itu janji Dia yang pasti. Belajar untuk berfikiran waras & matang. Jauh untuk menolak tanggungjawab & amanah. Sekurang kurang nya, bila mata perlu tertutup , biarkan semua dilepaskan tanpa sebarang kebimbangan & keraguan. Sebab di sini , mereka akan selalu punya anak anak yang mendoakan. T_T insyaAllah.
{ Dear God , only dis last chance and we really wanna make it successfull . Huuuuuu~ Bismillah.. ~ }
Dalam masa 3 tahun yang bakal mendatang , mungkin banyak lagi & banyak lagi mehnah ujian yang akan datang , jadi Tuhan yang Maha Membolak balikkan hati , tolong tetapkanlah hatiku hanya padaMu.. !_!
" Kita merancang & Dia merancang , Sesungguhnya , Dia lah sehebat hebat perancang ." :')
" Passions , there is no end , there is no beginning, there is only the infinite passion of life .
Passions , only for those who lead extraordinary lives. insyaAllah. " :')
.. long journey and a long way to go ..
Waktu Kecik Comot Orgnyer.
Masa Remaja Cubby Orgnyer.
Sekarang Kuat Azam & Tekad Orangnyer ! insyaAllah..
- Quoted , thanks -
FOCUS on ur path..
Kamu Cari, Gali dan Kamu Terokai. Kamu Lihat & Kamu Tafsir setiap hikmah dalam langkah kehidupanmu.Have faith in HIM !
nota hati : dengan sepenuh hati , insyaAllah & bismillah ~ n_n
Status FB :
1 day with Mr Bunny , de next day with Miss Cool. Siap dpt special touch dgn Mr G 10 lagi. :P terbaik kan Siti Nur Sumaiyah ? ^_~ haha.
Best Marketing Assistant ever, kan kan kan .heeee~
There are stories behind. :')
Perancangan yang tiba tiba & ajakan yang on de spot, naaaaaah ! langsung, sampai la Kak Lang dekat Selangor. Bak kate kami, " macam tak pecaya awak ade dekat sini " , " ha'ah, kita pun, macam tak pecaye , drive dari Melaka direct ke sini [S'langor] , 1st tyme kowt !" weeee.." *_~ [ Darah anak muda yang penuh kegilaaan ]
Few Days Before
Ma : Mey , mak nak buat bun la. Nak blajar buat roti.
Pa : Kena start buat dari skarang dahhhh~ tender PLKN untuk cawangan lagi satu tuh. [muke penuh keseriusan. hehe ]
Me : Awatnyer ? tibe tibe je. Abg Man kan pandai buat. Mesty Abg Man bleyh ajar. hehe
Ma : [ buat muke malas nak layan kerenah anak nya mengarot :P hikhik ] eh, ade kawan memei yang pandai buat bun tak ? Bleyh ajar ma. Mama dah lupe sumer resipe bun bun dlu. Da lame ma tak buat da. Nanti pape bleyh ma alter2 ape2 yang okeyh.
Me : Kawan reti buat bun ? emmmm.. eh, maya ! >
Ma : Haaaaa! boleyh la tuh....[ Muke berseri seri ] Kol dia, ajak dia turun S'langor. :')
Me : HAH ? Ma, serius ke ?
Ma : Mama tengah buat lawak ke Mei ooi ?
Me : Ayoookkkkkk - -" hehe.
After a few negotiation & tipu helah [kehkeh] , bergeraklah Cik Maya ke S'lagor
Details apa yang betul2 jadi b4 dia naik selangor boleh rujuk dekat Maya. :P hehe click on here :')
1st Day
Maya agak kelewatan :P akibat sesat barat yang teruk --" hehe
Siap print dekat Google Maps mcm mane nak datang dekat tempat kami. :P aigooo~
Hasil nya ? TAKE A LOOK DOWN HERE :')
Nampak sedap kan ? Rasa dia pun sedap. :')
Syukran Cik Maya. >
[ ada lagi gamba , malas nak edit. hehe ]
Abg Man : Buat macam ni lah. [ sambil tunjuk cara uli tepung roti kasi mampat & padat ]
Me : Betul la nih. Rata da taw, bulat bulat comeyl :P hehe
Abg Man : Lambat betul.. Orang da siap 3 dia baru 1. [ muke mengejek :P ] , tangan cap ayam. haha
Me : Bluwek, wek wek..:P abg jelous.. - -" hehe
Abg Man : Ek ? Bwat pe la nak jelous dgn tgn cap ayam ? Tangan gifted kowt nih [tunjuk tangan sendiri].
Me : ooohhhh, taw eh gifted ! :P Hargai lah cik abg .. sob sobs ..:')
Maya : hahahhahaaahahhaahha... [dari awal sampai akhir, terkekeh kekeh jela tgk kami adik beradek gado gado nak kene lage kepale ]
2nd Day
Maya : Memei, taw ke mcm mane nak p Low Yat nih ? Kita turun sini memang niat nak p Low Yat nih.
Me : [ Dgn yakin ] boleeeeyh je. :P [dalam hati tak yakin lgsg ! :P terfikir abg nain je. abg, tunjukkan kami jalan yg lurus :P hehe]
sesat barat sikit je. :P hehe
Maya : Kat cni ade jual Apple Peel tak ?
Mr Csl : Itu ape ? ape apple ?
Maya : Apple PEEL. [Sambil eje, P.E.E.L + dgn muke stress da penat pusing tanya banyk kedai tak jumpe. ]
Mr Csl : Ha ? Se mo lai de? Kan ma mei you ting quo de ? [ pandang maya , tapi ckp dgn kawan sebelah die ] terkebil kebil si maya. :P haha~
Mr Csl : tak de la. Mane ade. itu balang belum release maaa~ latest one right ? None of it at Malaysia yet. Singapore yang ade sikalang ini.
Maya : Ada lah. Saya jumpa dalam internet. - Muke geram - -"
Mr Csl : Tak ada lah. Kalau ada, mesty ramai olang jual punya. Buat apa mau solok solok ?
Me : - -" , ha ! kasi pinjam itu laptop boleyh tak ? Ada internet kan ? Kasi pinjam cni. Dia mau tunjuk. [ memei mula menunjukkan kuasa veto nyer :P haha, sukahati je mintak nak gne :P hehe ]
Mr Csl : Ayyyyoooooooo~ ha, bagi bagi... saya tada tipu punya. :')
Maya : Ha ! nih die ! [Jumpe ! :D sambil tunjuk dekat Mr Csl ]
Mr Csl : Aiyyyyyooo~ itu dalam forum maaaa! :P Borak borak tanye maaaa~ mane ade stock u tengok. Kalu ada, i pon mau jual wooooooo~ :P haha
Maya : - -" stresssss. tak pela.
Mr Csl : Apple peel takde , ini hpnohe ada maaaa. [pandai mamat nih pancing suh beli phone >
Kami : [Terimpresss la jugak sekejap. :P haha. Tanye byk sgt soalan, sampai org tuh penat da nak jawap :P]
Maya : [ Konon buat gaye berminat ] Mesin Atm ada tak dekat cni ? Mcm berminat je. Tapi, kene withdraw dlu la...Dwet tak cukup..
Mr Csl : Mesty ada maaa~ dekat tingkat bawah pnyer.
Penat. Jalan lagi pusing lagi. Misi kami bertukar ! :P Maya mencari Mr G10 idaman hati ! :') hehe.
Jumpe yang paling murah & smart compare dgn kedai kedai yang lain. Bahagia Cik Maya tertouch touch dgn Si Mr G10 Touch. :P heee~
& the best thing is , penjual tuh JUJUR ! :') Kelebihan & kekurangan phone clearly defined. tak sorok sorok. kedai dia agak tersorok ke belakang. Mungkin tuh salah satu strategi dia tuk attract customer for long term. Bila murah & penjual tuh sorg yang jujur, mesty next tyme kita akan datang cari dia jugak. agak agak pekerja tuh tua 3 taun dari kami la kowt. sempat borak borak panjang lagi. peramah mamah sgt. :') Sayang lagi sebulan nnty, dia berhenti kerja dah laaa T_T harap harap org yang ganti dia baik jugak. boleyh dapat diskaun lagi. heee~
Mr G 10: Both of u sisters are ?
Kami : ha ?
Mr G 10 : Ya laaa.. U banyak peramah banyk tanya, mau beli untuk dia maaa. kan ? [agak agak dia nak cakap, cik memei nih protective nyer ! >
Kami : HAH ? - - " hahaha
Maya : Haha. Dia boleyh ganti u keje cini jadi promoter. Ini orang banyk pandai cakap punyer. >
Mr G 10 : Hahaha.. boleyh boleyh.
Me : - - " senget.
................bai bai...............
& dgn independent nya kami balik. tanpa kolling molling yang hanya berbekalkan tawakkal. T_T kan maya ? :')
Balik rumah dengan rasa puas hati. - -" Maya berbekalkan Mr G10 & sye, out from Sox World. :')
Ma : Beli ape tadi ?
Me : Maya beli Hphone Canggih ma ! >
Ma : Amboi, anak mude skarg nih... Hphone hpone nak yang canggih canggih je.. :P hehe. Adik beli aper ?
Me : Errrr, stokin ma.. >
Ma : Ha ? Pegi key el beli stokin semata ? - -"
Me : Hahahahahahahahaha..
mission accomplish ! :') success ..
nota hati 1 : 2 hari dekat sini, Hope u enjoy it Cik Maya. ^^
Kak Long, moga cepat sembuh. jage diri, jage kesihatan baik baik naaaa~ :') Rabb yusahhil insyaAllah.
Cik Nadi, selamat berpraktikal ! Keje rajin rajin taaaaawwww~ Gaji 1st belanje kami ! hehe. ^_~
nota hati 2 : people, hear 4 de latest podcast from ummah town dy ? If not, here for it yah! *_~
nota hati 3 : Hargai kelebihan yang anda miliki. Dont waste it ! Dont let it be just like that. Kami suka penjual yang jujur ! :')
People, hear for Ummah Town for last Sunday dy ? :') If not, click here for de latest podcast. Download & listen for it yah! nice ~ ^^ Or directly download from here ! :')
On this episode of Ummah Town, the DJ team take on the topic of relationships in Islam using the example of the Prophet Muhammad (pbuh) as well as the story of Musa (pbuh) and his wife Safurah. Before that though, Hesham must confirm his sanity (…?) and Nada gets into a bit of a trouble reading the script (completely unintentionally) which leaves AJ gasping for air.
Hehe. nicely said. Want to know more ? Hear for it yah! *_*..
Nota hati buat 'Atiqah Al Ayyubi : tqah, da bace post nti. takper takper. insyaAllah, bila nti balik nnty, kita jumpa yer ! Kuatkan semangat, tekadkan hati. Nti mampu & yakinlah. Dia seperti sangkaan hamba hambaNya kan ? :') 'ala kulli hal, moga dpermudahkan atas semua urusan d sana nnty. Rabb yusahhil wa yuqowwiy. insyaAllah! awal awal tuh ingat nti sempat sebulan dekat sini, baru nak ajak nti datang program dekat Melaka sini. takper takper, nnty memei share. :') insyaAllah. Merajinkan diri berblogging. ^^ Sampaikan salam untuk Beba eh! Harituh ada jumpe die mase program. :') Dia makin tembambam.. Hehe. tak tau nti mcm mane pulak. :p hualalalala..*_~
Nota hati : rindukan mereka. jauh. teman teman rapat zaman sekolah. lamenya kita tak jumpe kan. ana asytaq 'alaikum, akhawat ahibba'. pelik. 2, 3 hari nih, mimpi mereka. mimpi dia. cuwa, fawa,tqah wahab,tel,hanisah,tqah ayob,bibah & aisyah azmi. rindu. dekat setahun da kita tak jumpe. moga moga perancangan berhasil untuk jumpa mereka tak lame lagi. uhuqs~ :'(
Nota hati : yEs, nO, oRait ! next cOming post, insyaAllah. Life is too short to regret de past. Make up ur stand and stand firm. Make a wise decision. Set your prority ! That's it :') Syukran abati.
Bismillahi rahmani rahim. Allahumma salli 'ala sayyidina muhammad !
Terasa mahu menulis. Walaupun tahu penulisan tak seberapa. Penulisan, teruskan & sampaikan lah ! selagi punya kesempatan. :')
Melewati satu tarikh yg baru berlalu. 12 Februari. Semua ingat lagi tak apa significant nya tarikh nih ?
Teman teman pembaca,
12 FEBRUARI 1949 adalah tarikh kesyahidan Imam Hassan Al-Banna > Pengasas ikhwanul muslimin dibunuh secara kejam. Komplot telah dirancang oleh kerajaan Mesir dan British dan dilaksanakan oleh anjing-anjing mereka untuk membunuh al-Banna !
Kenal siapa beliau ?
Dulu, saya mengetahui namanya , menerusi al-Mathurat . Waktu terbaca kisah 'bagaimana' dia menemui syahidnya , barulah diri mula menyelusuri detik-detik kehidupannya .
Nak tahu kisahnya ? Sini baca .. :')
Ketahuilah , Ini Sejarah Kita !
Jangan pernah kamu lupa wahai diri.
Secarik Prolog .
Kegiatan dan kejayaan yang dicapai al-Ikhwan al-Muslimin tidak disenangi oleh kerajaan dan pihak British . Negara Barat mendesak Kerajaan Mesir supaya membubarkan Jemaah al-Ikhwan al-Muslimin . Lebih-lebih lagi bilamana pasukan tentera al-Ikhwan yang berperang di Palestin telah menunjukkan keberanian dan komitmen yang luar biasa . Justeru itu sebagai satu helah politik musuh , pada bulan November 1948 , gencatan senjata telah diadakan .
Pada 8 November 1948 , Perdana Menteri Mesir mengistiharkan pembubaran al-Ikhwan . Unit-unit tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di Palestin itu dipanggil balik . Berbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan ke atas al-lkhwan . Anggota-anggota al-Ikhwan ditangkap , dimasukkan ke dalam penjara dan mereka diseksa dengan teruk , malah ada yang dibunuh .
Helah kematian .
Dengan alasan untuk mengendurkan ketegangan (konflik) antara al-Ikhwan dan kerajaan , pihak kerajaan menjemput Hasan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin . Hakikatnya saudara/i , jemputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh Hasan al-Banna .
Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang , Hasan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur , seorang peguam , suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut . Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding , tetapi dia tak kunjung tiba .
Akhirnya selepas solat Isya' , mereka berdua mengambil keputusan untuk pulang . Ironinya , kawasan yang lazimnya sibuk menjadi lengang pada waktu itu . Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup , dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan .. melainkan , sebuah teksi yang asyik berulang-alik mencari ‘sesuatu’ ..
Hassan al-Banna menahan teksi tersebut . Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil , dua orang matagelap menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol dan kedua-dua mereka terkena tembakan itu . Iparya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut . Hasan al-Banna walaupun terkena tujuh tembakan , beliau masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah alSyubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital .
Setibanya di Hoaspital Qasral'Aini , Imam Al-Banna telah ditinggalkan bersendirian tanpa diberi sebarang rawatan kecemasan , atas arahan pihak atasan . Hinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak . Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un .
Tragis Pengurusan Jenazah .
Pihak polis telah menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna pada jam 1 pagi , dengan menyatakan dua pilihan:
1)Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengkebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan .
2)Jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu .
Ayah Hasan al-Banna menerima pilihan yang pertama . Sebelum fajar menyinsing , jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata . Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi . Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut . Hinggakan tiada orang yang melihat dan mengetahui masa tibanya jenazah as-Syahid di rumahnya .
Sheikh Ahmad Abdur Rahman , ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandi dan mengkafankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri . Setelah diletakkan ke atas pengusung , beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya . Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.
Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Qur'an . Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa-apa lagi . Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan . Pihak polis terlebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid . Sheikh Ahmad seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu . Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah as-Syahid .
Subhanallah . 62 tahun sudah , dan fikrahnya terus mekar !